40 Sijil Profesional Dalam Masa 5 Tahun, Wanita Ini Diiktiraf 'Malaysia Book Of Records'
Dia kini sudah mempunyai 40 sijil profesional dalam bidang data sains.
Kebiasaannya seorang individu mengambil masa yang agak lama untuk sekeping sijil kursus yang diambil, tetapi tidak daripada wanita ini
Wanita yang dikenali sebagai Priscilla Prasena itu mengambil masa hanya lima tahun untuk mendapatkan 40 sijil profesional sehingga kejayaannya dicatatkan dalam 'Malaysia Book of Records'.
Wanita yang berasal dari Pulau Pinang itu memberitahu Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bagi memerangi wabak Covid-19, bukanlah penghalang bagi dirinya untuk menghabiskan 10 kursus secara talian.
40 sijil daripadanya adalah dalam bidang data sains
Menerusi sumber, sehingga hari ini dia telah pun mempunyai 40 sijil profesional dalam bidang data sains, “Lean Six Sigma”, pengurusan projek, “Internet of Things” dan lain-lain.
Bukan itu saja, dia turut mempunyai ijazah dalam komunikasi korporat dan MBA (ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan).
“Bagi saya ijazah sahaja tidak mencukupi. Sijil profesional memberikan lebih banyak peluang kepada kita terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran"
"Sijil-sijil ini membuatkan saya menjadi pakar dalam beberapa perkara dan lebih yakin dalam kehidupan,” katanya.
Pernah menjadi wartawan selama dua tahun
Dalam pada itu, dia juga merupakan pelatih separuh masa dan juga aktivis sosial, sebelum ini dia bekerja di sebuah syarikat multinational German dan pernah bekerja sebagai wartawan di salah sebuah syarikat di Malaysia selama dua tahun.
Ditanya bagaimana dia boleh terfikir dan boleh memiliki 40 sijil profesional dalam masa yang singkat, dia memberitahu bahawa semuanya datang dari sifat ingin tahu bagaimana sesuatu perkara itu terjadi.
“Setiap kali syarikat menawarkan peluang menyertai krusus profesional, selalunya sayalah yang akan menerima tawaran tersebut dan untuk 40 jenis krusus, saya telah membelanjakan hampir RM100,000” katanya.
Nasihat orang ramai agar mengambil peluang untuk mempelajari ilmu baru
Jika dilihat daripada perjalanan ekonomi sekarang, Priscilla menyarankan agar orang ramai untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang sememangnya penting di dalam industri pekerjaan.
Baginya, sekarang adalah waktu yang sangat mencabar bagi semua orang dan disebabkan itu pentingnya mempunyai ilmu dan kemahiran kerana ia sangat bernilai.
Tambahnya, jika diberikan peluang gunakan sebaiknya untuk mempelajari skill baru.
Ilmu ini tiada had, kejarlah ia dan lihatlah sejauh mana prestasi anda berkembang selepas memilikinya