seismik

Suntingan Video Selebriti Malaysia Main Permainan 'Among Us' Ini Bikin Dekah. Lawak Habis!

Tak berhenti gelak sampai sekarang.

Cover image via @IzzRaifHarz (Twitter)

Permainan dalam talian Among Us kini telah menjadi antara kegemaran ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda

Bagi 'kaki game' tentunya tahu tentang permainan ini yang memerlukan anda untuk bermain dengan beberapa orang pemain bagi menjayakan misi.

Dalam permainan tersebut, seorang pemain perlu dilantik menjadi 'Impostor' iaitu watak jahat dalam permainan itu.

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu suntingan video mengenai permainan itu dengan selebriti di Malaysia yang menarik perhatian ramai.

Tok Ti pun join sekali main game 'Among Us'

Menerusi suntingan video yang dimuat naik itu kelihatan beberapa orang artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali, Azwan Ali, Ella, Yuna dan ramai lagi.

Selain itu, turut kelihatan adalah sajat iaitu seorang usahawan terkenal di Malaysia yang pernah menimbulkan pelbagai kontroversi sebelum itu.

Walaupun Sajat bukanlah berada dalam kategori selebriti, tetapi ternyata kewujudan wataknya dalam video tersebut membuat ramai terhibur.

Rajin betul lelaki ini siap buat dua bahagian suntingan video

Oleh kerana videonya mendapat sambutan, dia meneruskannya dengan sambungan untuk bahagian kedua.

Tidak hanya itu, lelaki itu turut membuat suntingan tersebut dengan nyanyian satu demi satu perkataan untuk dua bahagian.

Ketika artikel ini ditulis, suntingan video bahagian pertama itu telah mendapat 16.5k retweets dan 21k likes, manakala bahagian dua pula mendapat 25.6k retweets dan 19.9k likes.

Lihat video penuh kedua-dua bahagian ini di bawah:

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut

Memang terhibur ya bila tengok netizen ni datang dengan pelbagai idea :p

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: