[VIDEO] "Rasa Macam Ibu Ada" - Gadis Ini Luah Perasaan Pakai Baju Nikah Milik Arwah Ibu
Tuhan lebih menyayangi ibunya.
Buat pasangan yang sedang bercinta mereka pastinya mempunyai niat meneruskan hubungan tersebut ke fasa yang seterusnya
Ada yang mengambil masa yang lama untuk menyatakan hasrat berkahwin dan ada juga yang mengambil masa yang singkat untuk berkahwin. Semuanya terpulang kepada pasangan itu sendiri.
Sebagai seorang anak juga sudah tentu kita inginkan kedua-dua ibu bapa kita berada di sisi untuk meraikan hari bahagia tersebut.
Namun, lain pula bagi pasangan ini yang meraikan detik pernikahan mereka tetapi tidak kesampaian selepas ibunya meninggal dunia menjelang hari bahagia.
Terjumpa busana pernikahan arwah ibu yang masih dijaga baik
Menerusi satu video yang tular di laman akaun TikTok, gadis itu berkongsi suasana persiapan sekitar hari pernikahannya bersama pilihan hati yang telah dikenali sejak enam tahun lalu.
Dia dan pasangan pada awalnya merancang untuk menyewa busana hari pernikahan daripada butik pengantin.
Tetapi, selepas menjumpai busana pernikahan arwah ibunya yang masih cantik dan dijaga baik dia memutuskan untuk memakainya.
Walaupun ibu tak dapat tengok, tapi rasa macam ibu ada bila pakai
Apakan daya, manusia hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segalanya.
Walaupun hari bahagia itu tidak dapat diraikan bersama ibu tercinta kerana telah pergi menghadap ilahi sejak tahun 2018 namun, dia tetap memilih untuk mengenakan baju nikah milik arwah ibunya di hari pernikahan.
Ternyata, dia masih kelihatan ayu dan berseri dalam busana klasik milik arwah ibunya.
Selain itu, dia juga mengakui dengan memakai busana itu ia dapat merasakan seperti arwah ibunya itu berada dekat di sampingnya.
Lihat video penuh di bawah ini:
Rata-rata netizen juga tersentuh hati melihat video tersebut dan turut berkongsi perasaan mereka