seismik

[VIDEO] Selepas Bau Makanan Masam, Reaksi 'Rare' Kucing Ini Raih Perhatian Ramai

Reaksi muka yang tak dijangka.

Cover image via ViralHog (YouTube)

Inilah saat yang paling menggelikan bagi seekor kucing setelah menghidu makanan yang tidak digemarinya

Reaksi kucing ini menjadi tular di media luar apabila dia membuat reaksi wajah seolah-oleh mahu muntah selepas menghidu bau makanan yang diberikan oleh pemiliknya.

Menerusi video tersebut, kucing yang dikenali sebagai Belyash dari Moscow itu menunjukkan dia sedang duduk diatas selimut bercorak lalu pemiliknya membuka satu bekas makanan dan meletakkan dihadapannya.

Reaksi paling 'rare' dapat dilihat dari seekor kucing

Ternyata pada mulanya ekspresi muka kucing berkenaan kelihatan seperti tidak sabar untuk melihat ketika bekas makanan tersebut dibawa ke arahnya.

Namun, setelah makanan tersebut berada didepannya, kucing itu mula memberi reaksi muka yang boleh dikatakan agak rare untuk dilihat selepas menghidunya.

Menurut laporan, kucing tidak suka pada laktosa dan hanya dapat menahan sebilangan kecil produk tenusu dan termasuklah krim masam dan susu.

Walaupun ia sering dilihat animasi kartun menggambarkan kucing suka bila diberi semangkuk susu.

Kucing yang mengambil terlalu banyak susu sebenarnya boleh menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, tetapi sesetengah kucing juga sangat menyukai krim masam ini.

Lihat video penuh ini di bawah:

Jarang-jarang nak dapat tengok muka kucing macam ni ya :p

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik mengenai kucing hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: