"Jantan Loser" - Netizen Mengamuk Lihat Wanita Kongsi Bekas Suami Hanya Beri Nafkah 3 Sen
"Tuhan tak tidur bang, kalau kau baca komen-komen, sini semua org doakan kemusnahan hidup kau" - Netizen
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi pasangan suami isteri, rumah tangga pasti ada pasang dan surutnya
Apatah lagi jika anda baru berkahwin dan masih tidak terbiasa. Sebab itulah pentingnya komunikasi dalam rumah tangga agar kedua-dua pihak faham antara satu sama lain.
Namun, jika ditakdirkan untuk bersama dan tidak sefahaman lagi, maka berpisah adalah jalannya meskipun berat untuk diterima.
Pun begitu, wanita yang telah bercerai pada asasnya berhak mendapat nafkah dalam tempoh idahnya daripada bekas suaminya berdasarkan kepada beberapa syarat.
Nafkah yang dimaksudkan tersebut adalah merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita berkongsi hanya mendapat nafkah 3 sen daripada bekas suaminya yang mendatangkan kemarahan ramai.
Image via @cheeksiti (TikTok)
Kecewa sikap bekas suami hanya beri nafkah 3 sen walaupun ada anak
Menerusi video di TikTok @cheeksiti, wanita itu mendedahkan hanya mendapat nafkah sebanyak 3 sen daripada bekas suaminya.
Malah, dia turut berkongsi gambar mengenai maklumat transaksi sebuah perbankan tempatan yang tertera 'Nafkah Nakyla December 2024'.
Menurut wanita berkenaan, ia kerana bekas suaminya itu cuba menyakiti hatinya kerana dia sudah tidak bekerja lagi.
"Pertama, rezeki Allah itu luas. Kedua, doa orang yang dizalimi," tulisnya.
Melihat kepada ruangan komen, kebanyakan netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang dianggap tidak berguna dan busuk hati.
Lihat antara komen-komen netizen di bawah:
Image via @cheeksiti (TikTok)
Image via @cheeksiti (TikTok)
Image via @cheeksiti (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment