Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jatuh Dekat Atas Lantai, Budak Umur Dua Tahun Tak Sedarkan Diri Di Rumah Pengasuh

Mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Cover image via BERNAMA Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah kes menyayat hati apabila seorang ayah menemukan anak kecilnya tidak sedarkan diri di rumah pengasuh lebih 27 jam

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata laporan kejadian diterima daripada lelaki berumur 26 tahun itu jam 7.20 malam Isnin lalu menyatakan anak perempuannya yang berusia dua tahun tidak sedarkan diri selepas terjatuh di lantai rumah pengasuh.

"Susulan itu mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis dimaklumkan oleh pegawai perubatan paediatrik bahawa mangsa sudah meninggal dunia jam 11.10 malam tadi (Selasa, 6 Ogos).

"Hasil bedah siasat yang dijalankan jam 10.45 pagi hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul," katanya.

Image via Sinar Harian

Susulan itu, pengasuh wanita yang berumur 30 tahun telah ditahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment