seismik

Atlet Paraguay Dihalau Dari Perkampungan Olimpik Gara-Gara ‘Kemaruk’ Pergi Ke Disneyland

Hancur dah masa depan.

Cover image via luanalonsom & Forbes

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, perenang popular Olimpik dari Paraguay, Luana Alonso diusir keluar dari perkampungan atlet

Perkara tersebut disebabkan dia menyelinap keluar ke Disneyland. 

Untuk rekod, Luana bertanding untuk Paraguay dalam acara 100m kuak kupu-kupu wanita tetapi gagal melepasi pusingan awal. 

Image via Swim Swam

Lebih mengejutkan lagi, dia mengumumkan persaraan dari sukan itu pada usia hanya 20 tahun

"Berenang: terima kasih kerana membenarkan saya bermimpi, anda mengajar saya untuk berjuang, mencuba, ketabahan, pengorbanan, disiplin dan banyak lagi," tulis Luana yang mengumumkan persaraannya di laman Instagramnya dan mempunyai lebih daripada 500k pengikut.

"Saya memberikan sebahagian daripada hidup saya kepada anda dan saya tidak akan menukarkannya dengan apa-apa di dunia kerana saya sudah melalui pengalaman terbaik dalam hidup saya, anda memberikan saya ribuan kegembiraan, kawan-kawan dari negara lain yang akan saya bawa selamanya dalam hati saya, peluang yang unik.

"Ini bukan selamat tinggal, akan berjumpa anda tidak lama lagi."

Menurut laporan Harian Metro, pasukan Paraguay mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa Luana dikeluarkan dari tempat perkampungan atlet, hanya beberapa hari sebelum majlis penutupan.

"Kehadirannya mewujudkan suasana yang tidak sesuai dalam Pasukan Paraguay," kata satu kenyataan daripada ketua misi COP, Larissa Schaerer.

"Kami mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mengikuti arahan, kerana ia adalah kehendaknya sendiri untuk tidak bermalam di kampung atlet."

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: