Kemenangan Lee Zii Jia Diraikan Dengan Sorakan & Pertunjukan Bunga Api Di Mamak. Meriah!
Proud of you, Lee Zi Jia!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia meraih pingat gangsa kedua daripada Lee Zii Jia dalam perlawanan badminton perseorangan lelaki
Pemain nombor tujuh dunia itu bangkit daripada tewas set pertama 13-21 sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11 untuk pingat kedua negara di Paris semalam.
Sehubungan itu, ramai peminat dan penyokong dari Malaysia turut bangga dengan kemenangan yang diraih Lee Zii Jia. Sehinggakan ada yang menyambut kemenangan itu dengan sorakan dan bunga api.
Sambut kemenangan di kedai mamak, siap ada bunga api
Meriah di media sosial malam tadi apabila tular satu video yang memaparkan ramai penyokong Malaysia menyaksikan perlawanan itu di kedai mamak.
Sebaik saja kemenangan berpihak kepada Malaysia, semua dilihat bersorak dengan gembira. Bukan itu sahaja, malah yang lebih gamat lagi, kemenangan itu diraikan dengan firework show di situ. Orang ramai turut bersorak gembira sambil merakam momen indah tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!