seismik

Tular Pemain Bola Sepak Di Malaysia Bergaduh Guna Senjata Tajam Dipercayai Kerambit

Difahamkan, kejadian itu berlaku di KLFA, Melawati.

Cover image via Juraimi Desa (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular salah seorang pemain bola sepak dilihat menggunakan peralatan tajam semasa pergaduhan berlaku

Menerusi gambar yang tular di media sosial, kejadian berkenaan berlaku di padang KLFA, Melawati pada 12.30 tengah malam pada 4 Ogos lalu.

Pemain tersebut bertindak di luar kawalan dengan menggunakan barangan tajam semasa tercetusnya pergaduhan antara mereka.

Pemain itu dilihat seperti ingin menghayunkan tangan kanan yang dipercayai ‘kerambit’ dalam genggamannya ke arah orang di depannya.

Bagaimanapun, senjata tajam yang digunakan bukanlah kerambit, namun ia adalah sebilah gunting

Menerusi sebuah posting di Facebook, pemain itu bukan membawa kerambit tetapi sebilah gunting yang digunakan untuk menggunting stokin.

Difahamkan setakat ini tiada kemalangan jiwa atau tragedi berdarah di padang dan pemain berkenaan berjaya ditenangkan oleh orang ramai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: