Kerap Sangat Tanya Kenapa Masih Belum Kahwin, Lelaki Tergamak Bunuh Jiran
Allahu, takut soalannya sensitif.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, gempar berita seorang lelaki warga Indonesia ditahan akibat kes bunuh
Kejadian itu berlaku di Tapanuli Selatan, yang terletak di Sumatera Utara, pada 29 Julai lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Penolong Pesuruhjaya Polis wilayah itu, Maria Marpaung berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun didakwa membunuh jirannya yang juga penjawat awam, Asgim Irianto, 60, selepas terkesan dengan sikap mereka yang kerap bertanya kepadanya mengapa dia tidak berkahwin.
Mangsa dipukul dengan kayu berkali-kali sehingga di daerah kepala
"Berdasarkan kenyataan isteri Asgim, penyerang, Parlindungan Siregar, tiba di rumah mereka kira-kira 8 malam pada 29 Julai sambil menghunus sebatang kayu dan mula menyerang mangsa tanpa amaran.
"Asgim berlari keluar ke jalan, di mana dia dikejar Parlindungan sebelum terkena hentakan di kepala sebelum, terus dipukul suspek.
"Penduduk di kawasan itu akhirnya menghentikan pukulan sebelum membawa Asgim ke hospital, tetapi dia meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan," katanya dalam laporan Detik Jogja.
Sebelum itu, kedua-dua jiran juga pernah bergaduh mengenai ayam milik-masing-masing.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!