Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dikecam Ramai Selepas Jemput Pensyarah Pro-Israel, Universiti Malaya Tampil Mohon Maaf

dikecam-ramai-selepas-jemput-pensyarah-pro-israel-universiti-malaya-tampil-mohon-maaf

Cover image via Gofundme The Star

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman baru-baru ini selepas membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi

Seorang Profesor Sains Politik, Bruce Gilley, dikatakan telah mendakwa dan menuduh ahli politik Malaysia menggesa 'Holocaust kedua' terhadap orang Yahudi dan juga menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini adalah pendirian ahli politik Malaysia kembali kepada nasihat (Tun) Mahathir untuk belajar daripada Jerman tentang cara membunuh Yahudi.

"Sebuah negara yang pemimpin politiknya menganjurkan ancaman terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam urusan dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat.

"Hari ini hos berita TV menamatkan siaran harian dengan 'Dari Sungai ke Laut' dan 'Israel cuak' (Israel). takut)," tulisnya di X, mengulas ucapannya mengenai dasar luar Malaysia yang disampaikan pada ceramah anjuran Universiti Malaya," tulisnya.

Hantarannya di platform X berkenaan digambar seolah-olah menentang sokongan Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

Perkara itu telah menimbulkan kemarahan ramai di media sosial dan mempersoalkan mengapa UM menjemput penceramah pro-Zionis tersebut.

Image via googleapis.com

UM buat permohonan maaf dan kesal kerana menjemput penceramah terbabit

Universiti Malaya dalam satu kenyataan semalam membuat permohonan maaf dan menyatakan kekesalan atas kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat yang dikeluarkan penceramah jemputan warga asing seperti tular di laman media sosial ketika ini.

Dalam kenyataan itu, UM memaklumkan turut mengambil maklum saranan Menteri Pendidikan Tinggi supaya membatalkan serta-merta semua program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah jemputan warga asing di universiti tersebut.

Laporan lengkap berhubung isu berkenaan juga sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terbabit dengan isu ini, menurut universiti itu.

UM turut mengecam kenyataan terbaharu individu tersebut berkenaan aspek keselamatan mengembara ke Malaysia yang disifatkan kenyataan tidak bertanggungjawab dan melampau yang mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

UM memaklumkan akan terus mendukung pendirian kerajaan yang menentang sebarang unsur berkait dengan Israel dan menyokong penuh usaha mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka yang sah.

Image via @unimalaya (X)

Image via @unimalaya (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment