Tiada Wayang Di Kelantan, Wanita Sanggup Terbang Ke KLIA Untuk Menonton Filem 'Sheriff'
Awak memang luar biasa kak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Filem Sheriff terus menjadi pilihan penonton dan sudah berjaya meraih kutipan RM16.3 juta selepas empat hari tayangan dan satu hari tayangan awal sejak 18 April lalu
Filem arahan Syafiq Yusof ini membariskan pelakon hebat Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Jadi, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menonton filem berkenaan sehingga pergi ke mana-mana saja panggung wayang pasti penuh.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kegigihannya apabila sanggup menggembara jauh demi menonton filem ini.
Dari Kelantan ke Nilai untuk menonton filem Sheriff
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan memberitahu bahawa di Kelantan tidak mempunyai wayang.
Oleh kerana dia sangat teringin untuk menonton filem Sheriff, dia dan kawan-kawannya mengambil keputusan untuk menontonnya dengan menaiki kapal terbang.
Difahamkan, dia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Mereka kemudian menaiki kereta ke Nilai untuk menonton wayang di sana.
"From Kelantan to Nilai semata Sheriff, no hal bruh tiada masalah kalau takda wayang asal jangan takda duit sudah," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!