Netizen Terkejut Tengok Rupa Tangki Air, Luar Nampak Cantik Tapi Bila Buka Dalam Berkarat
Loya pula tengok.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, tangki air merupakan bekas untuk menyimpan air di sesebuah kawasan perumahan atau kediaman
Kebiasaannya, setiap rumah memang wajib ada tangki air ini. Namun, tahukah anda sebenarnya tangki air ini juga perlu kerap diselenggara untuk memastikan kebersihan terjamin.
Pasti ramai di sini yang pernah rasa air 'karat' dan kadangkala ada rasa 'besi' betul tak? Ia mungkin petanda yang tidak baik.
Baru-baru ini, sekumpulan lelaki yang bekerja mencuci tangki telah berkongsi keadaan sebuah tangki air rumah yang mengejutkan.
Kongsi keadaan tangki air yang sudah lama tidak diselenggara
Menerusi video tersebut, sekumpulan lelaki berkenaan berkongsi rupa sebenar di dalam tangki air sebuah rumah.
Walaupun di luar ia nampak bersih dan cantik, tetapi lain pula disebalik dalamnya. Difahamkan, ia kerana tidak dicuci mengakibatkan tangki tersebut berlendir, berkarat dan kotor.
Dapat dilihat juga mereka berkongsi proses pembersihan tangki air tersebut dan hasil selepas pembersihannya.
"Selama ni ingat tangki ni design semata-mata, rupanya begini" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi terkejut mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 41.5K likes dan 1,852 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!