seismik

"The Real Ujian Bertunang" - Wanita Terkunci Dalam Bilik Masa Nak Keluar Sarung Cincin

Betul-betul ujian ini sis.

Cover image via @ngionggggg (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi adat untuk pihak lelaki datang merisik ke rumah pihak perempuan bagi mengikat tali pertunangan

Kebiasaannya, pihak lelaki akan membawa cincin sebagai tanda wanita itu sudah 'dicop' oleh bakal pengantin lelaki.

Pada masa ini, ibu pengantin lelaki yang akan menyarungkan cincin di jari manis wanita pilihan si anak.

Bagi wanita, pasti ada sedikit perasaan berdebar itu betul tak? Iyalah, kerana kita sudah menjadi tunangan orang dan selepas itu akan ke fasa berikutnya.

Namun, lain pula terjadi dengan seorang wanita ini apabila majlis pertunangan menjadi momen yang tidak dilupakan.

Baru nak keluar bilik sarung cincin, sekali pintu tak boleh buka

Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu sedang berlangsungnya majlis pertunangan kecil-kecilan di antara pihak lelaki dan perempuan.

Difahamkan, pada masa itu wanita berkenaan berada di dalam bilik sebelum dijemput keluar. Namun, dia kemudian mencuba membuka pintu bilik tetapi gagal.

"Pintu tak boleh buka dari luar dan dalam. Jadi saya yang terkunci dari dalam terpaksa buka skru di tombol pintu dari dalam dan seterusnya disambung orang yang berada di luar," katanya kepada Seismik.

Perkara itu membuatkan dia terkunci selama 20 minit dan mula jadi panik. Mujur saja, pintu akhirnya dapat dibuka dengan bantuan abang-abangnya dan juga saudara-mara.

Pun begitu, majlis berjalan dengan lancar walaupun tertangguh lebih kurang 20 hingga 30 minit.

Lihat video itu di bawah:

@ngionggggg time nak keluar sarung cincin lah pintu buat hal tak boleh bukak macam mana kita ni tak shikhakshok thankyou family& sedara mara yg byk tlg #engagement Shik Shak Shok - Hassan Abu El So'oud
@ngionggggg Replying to @nomorefatin. alhamdulillah berjaya jugak sarung cincin lepas 20 minit panik no more #shikshakshok Thank You Allah - Maher Zain

Nasib baik dapat juga sarung cincin tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: