"Jiran Bermasalah" - Wanita Bengang Rumah Sebelah Suka Buat Bising & Report Polis Palsu
Sabar jelah dapat jiran macam ini.
Pada zaman nenek moyang kita dahulu, keseronokan dan keindahan hidup berjiran menjadi satu perkara yang sangat penting. Mereka hidup aman damai tanpa pergaduhan.
Boleh dikatakan kemesraan antara jiran tetangga amat erat. Jika ada kenduri atau kematian, pasti berduyun-duyun orang kampung akan hadir.
Namun, pada zaman milenia ini, adab dan kemesraan dalam berjiran tidak sama seperti dahulu, malah kian pudar dan bertukar 100 peratus.
Itu yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila apabila dinding rumahnya diketuk jiran berkali-kali sambil meracau seorang diri pada pukul 3 pagi.
Tonton video penuh di bawah:
Image via @azie_ramly (TikTok)
Menurut Azie dalam posting di TikToknya, jirannya yang lebih mesra disapa sebagai ‘Aunty’ itu pada mulanya mesra dan rajin bersembang.
“Tetapi, selepas sebulan kami duduk sini, Aunty lapor pula dekat jiran-jiran lain, katanya kami suka buat bising sehinggakan dia tak boleh tidur malam.
“Selepas itu, keadaan jadi semakin teruk. Kira-kira tiga minggu lepas, polis datang ke rumah kami kerana terima aduan bunyi bising daripada ‘aunty’ tersebut,” kongsinya.
Polis sampai datang rumah berkali-kali sebab dapat aduan daripada jirannya yang mengatakan rumahnya ada bunyi 'bising'
Azie berkata, pada waktu itu mereka sekeluarga baru sahaja pulang berkhemah. Lebih menghairankan, Azie sendiri tidak pasti daripada mana datangnya bunyi bising kerana tidak ada sesiapa yang tinggal di rumah mereka pada malam tersebut.
“Nasib baiklah, polis tidak ambil apa-apa tindakan sebab memang kami tidak pernah buat bising.
“Tetapi, malam tadi, kami terjaga pukul tiga pagi disebabkan bunyi ketukan pintu yang sangat kuat. Kami ingatkan jiran sebelah kanan yang ketuk sebab tertinggal kunci.
“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat ‘aunty’ tadi mengetuk dinding rumah kami dengan kayu sambil meracau-racau. Katanya, lu orang mau mati, saya orang tua tak takut mati,” katanya.
Tambah Azie lagi, bunyi bising itu berlarutan sehingga subuh. Tidak tahan dengan bunyi ketukan yang kuat, suami Azie bertindak menelefon polis.
“Selepas subuh baru polis datang, polis pun tak tahu nak buat apa sebab dia orang tua. Katanya, ‘aunty’ nak kami pindah. Masalahnya, kami tak kacau orang pun dan polis tu cakap, lain kali kalau dia buat lagi siram air,” katanya.
"Sama macam kes jiran saya ni... Nyanyuk punya pasal... Sekali berhalusinasi... Kesian bila tengok orang tua bersendirian macam ni..." - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, posting itu telah pun meraih lebih 1.7M views, 59K likes dan 1,571 comments di TikTok.
Rata-rata netizen berasa risau dengan kesihatan mental Aunty tersebut. Ada juga yang berpendapat bahawa orang tua itu mungkin nyanyuk dan berhalusinasi.
Malah, ada juga yang berasa simpati dan kesian dengan situasi yang dialami oleh wanita dan keluarganya yang diganggu oleh Aunty berkenaan.
Berikut antara komen menarik netizen di TikTok:
Image via @azie_ramly (TikTok)
Image via @azie_ramly (TikTok)
Image via @azie_ramly (TikTok)
Image via @azie_ramly (TikTok)
Kesian betul dengan kakak ni terpaksa melayan kerenah Aunty tu :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment