"Jodoh Instant" - Nak Sangat Jodoh, Gadis Ini Siap Dapat VC Dari Anak Mak Cik Di Maeps
Amboi dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti yang kita semua tahu, wabak Covid-19 masih belum reda dalam negara
Kes harian positif juga masih tinggi. Oleh sebab itu, kita semua perlu sentiasa mengamalkan kebersihan dan keselamatan diri seperti yang diberitahu.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis mengusik mak cik-mak cik di Maeps untuk berkawan dengan anak lelaki mereka telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak sangat jodoh, sekali terus dapat video call
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di pusat kuarantin Maeps bagi semua pesakit Covid-19.
Dia dilihat sedang duduk di sebelah salah seorang mak cik itu. Dia juga sempat bergurau dengan mak cik-mak cik di situ untuk berkawan dengan anak lelaki mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah dia kemudian diajak untuk turut bersama dalam panggilan video dari salah seorang anak lelaki mak cik di situ. Situasi itu membuatkan dia merasa malu kerana diperhatikan oleh mak cik-mak cik lain di situ.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Sempoilah mak cik tu, mesti anak dia minta maknya carikan calon" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 606.1K views, 59.3K likes dan 647 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @deann.na (TikTok)
Image via @deann.na (TikTok)
Image via @deann.na (TikTok)
Image via @deann.na (TikTok)
Image via @deann.na (TikTok)
Image via @deann.na (TikTok)
Image via @deann.na (TikTok)
Kemain ya sis ni, tapi cara dia betul lah mengurat mak dulu baru anak :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment