Jom Beramal Dengan Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS & Media Prima Ramadan Ini. Ada Artis OK!
Skuad ini akan menjelajah dari bandar hingga ke pedalaman dengan misi untuk berkongsi keikhlasan sempena bulan mulia ini.
Artikel ini ditaja oleh 100 Plus.
Setiap kali tiba bulan Ramadan, kita memang digalakkan untuk banyak beramal ibadat. Pahala berlipat kali ganda kot!
Image via Google
Masa inilah anda kena berlumba-lumba buat kebaikan, bersedekah dan jangan lupa ibadat sunat terawih. Yelah, Ramadan datang setahun sekali sahaja.
Tak nak ketinggalan meraikan kedatangan bulan mulia ini, 100PLUS bekerjasama dengan Media Prima untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Banyak aktiviti menyeronokkan dan dengar cerita ada artis terkenal yang terlibat juga?
Macam syok je.
Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ajak masyarakat buat kebaikan
Image via 100Plus
Apa pula Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ini? Kalau anda nak tahu, skuad ini merupakan kumpulan yang akan menyebarkan kebaikan Ramadan dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik selain memberi sinar kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri nanti.
Paling best, Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ini disertai oleh artis terkenal seperti Mira Filzah, Hairul Azreen, Syafiq Kyle, Andi Bernadee, Amira Othman, Sarah Suhairi dan Sufian Suhaimi. Wow!
Skuad ini akan menjelajah dari bandar hingga ke pedalaman dengan misi untuk berkongsi keikhlasan sempena bulan mulia ini. Aktiviti kebajikan sambil beribadah ini akan pergi beberapa lokasi. Boleh refer kat bawah ini ada ke tak tempat anda.
- Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan – 15 Mei 2019
- Rumah Kak Ogy’s, Sekinchan – 19 Mei 2019
- Pusat Transit Gelandangan, KL – 21 Mei 2019
- Sekolah Kita Cinta Syria Malaysia, Bangi – 22 Mei 2019
- Pusat Jagaan Orang Tua Nur Ehsan, Tangkak – 24 Mei 2019
Anda pun boleh jadi Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS!
Yup! Kami tak tipu. Memandangkan ini merupakan aktiviti amal bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, 100PLUS nak ajak anda turut serta menjadi Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ini. Seronoklah dapat buat aktiviti amal dengan artis.
Tapi, penyertaan untuk Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ini hanya untuk program Check-in Kampung tahu. Matlamat program ini adalah untuk menggalakkan orang ramai beramah mesra serta bersilaturrahim sesama komuniti selain dapat berbuka puasa beramai-ramai.
Program Check-in Kampung akan berada di dua lokasi iaitu di Masjid Jamek Makmuriah, Sungai Besar pada 19 Mei dan di Masjid At Taqwa, Tanjung Gading, Tangkak pada 24 Mei 2019. Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah sesi gotong royong untuk berbuka puasa, moreh, ziarah sahur, solat terawih, rakaman Tanyalah Ustaz, jualan makanan (food truck) dan sesi ramah mesra dengan artis Ramadan Raya Media Prima.
Dalam melakukan kebaikan jangan lupa untuk terus kekal hidrat dengan 100PLUS dan #AktifkanRamadanmu!
Image via 100Plus
Bila dah buat banyak aktiviti ketika berpuasa, tubuh anda akan terhidrasi. Tapi, jangan risau sebab anda boleh kembali cergas bertenaga dengan 100PLUS ketika berbuka puasa. Haa.. Dapatlah anda meneruskan ibadat dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. #AktifkanRamandanmu
Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang program Seratus Ikhlas Setulus 100PLUS ini, boleh terus ke laman web Seratus Ikhlas Setulus 100PLUS atau Facebook rasmi 100PLUS.
Jom Aktifkan Ramadanmu bersama 100PLUS!
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment