seismik

'Kelas Rakyat' Ini Bantu Kanak-Kanak Keluar Dari Kepompong Kemiskinan Menerusi Pendidikan

Pendidikan adalah kunci bagi menamatkan masalah kemiskinan yang melampau.

Cover image via Projek Iqra'

Kesan kemiskinan sangat meluas dan boleh membawa kepada satu bebanan sepanjang hayat lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda yang tidak mendapat pendidikan penuh sedari kecil

Kemiskinan dan pendidikan sangat berkait rapat. Ini kerana mereka yang hidup dalam kemiskinan, terutamanya kanak-kanak kadang-kala terpaksa berhenti sekolah agar boleh bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga.

Image via Blog SUKNS

Hal ini bagaimanapun menyebabkan kanak-kanak ini kekurangan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira yang mereka perlukan bukan sahaja untuk melanjutkan karier malah demi kepentingan perjalanan hidup mereka.

Bukan itu sahaja, kemiskinan melampau dalam sesebuah keluarga juga dipercayai adalah bersifat turun-temurun yang mana sekiranya tidak dibendung akan berlanjutan ke generasi yang akan datang.

Pendidikan adalah kunci bagi menamatkan masalah kemiskinan yang melampau

Menyedari pendidikan adalah salah satu jalan keluar daripada masalah kemiskinan, Kelas Rakyat diperkenalkan bagi membantu serta memulihkan pendidikan asas supaya masalah literasi dan numerasi boleh diatasi awal oleh kanak-kanak kurang bernasib baik ini. 

Image via Projek Iqra'

Kelas Rakyat merupakan sebuah program pendidikan PERCUMA yang mensasarkan untuk memperbaiki tahap pendidikan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca, menulis dan mengira yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan asnaf. Hal ini supaya mereka yang tercicir dalam pelajaran dapat mengikuti silibus persekolahan agar tidak terus terpinggir dan ketinggalan.

Untuk menepati tujuan ini, Kelas Rakyat menyediakan penyelesaian berikut;

Image via Projek Iqra'
  • Modul khas Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Modul ini telah direka khas untuk pelajar yang lemah asas subjek ini oleh Akademi i-Sina. Akademi ini telah berkerjasama dengan Projek Iqra’ selama 5 tahun membantu pelajar-pelajar memperbaiki tahap literasi dan numerasi mereka.
  • Menjalankan kelas yang berstruktur iaitu setiap minggu dengan memperuntukkan 4 jam waktu kelas seminggu dengan setiap satu kelas selama 2 jam. Kelas berlangsung selama 9 bulan dalam setahun. Reviu kelas dilakukan setiap 3 bulan.
  • Kelas ini dibiayai oleh pihak korporat atau orang ramai yang mana menjadikan ianya percuma kepada keluarga kanak-kanak yang terlibat.
  • Sukarelawan dijemput untuk hadir sebagai personal coach dalam setiap kelas yang dijalankan bagi membantu pendidikan anak-anak ini. Sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa, kakitangan professional, penjawat awam dan lain-lain juga memberikan anak-anak ini figura yang mungkin dapat menyuntik inspirasi untuk membangunkan diri mereka.
Image via Projek Iqra'

Di dalam program ini, sukarelawan akan diberi 2 atau 3 orang kanak-kanak untuk dijaga. Tugas sukarelawan ialah membimbing kanak-kanak yang mengikuti program ini secara percuma bagi subjek Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris mengikuti modul yang disediakan. 

Untuk mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan, boleh berdaftar di laman web rasmi.

Kelas Rakyat ini diselenggara oleh Projek Iqra' yang merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu taraf pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah (B40)

Projek Iqra’ diasaskan oleh tiga orang sahabat iaitu Muhammad Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan sukarela semenjak tahun 2010. Projek Iqra' telah mula beroperasi pada tahun 2012 dan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23 Januari 2013.

(Dari kiri ke kanan) Suhaimi Abdul Manan, Sharifah Sharina Syed Aswad dan Muhammad Solleh

Image via Projek Iqra'

Selain Kelas Rakyat, Projek Iqra' juga mewujudkan peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di bidang kemahiran dan akademik bagi pelajar-pelajar miskin yang mempunyai minat untuk belajar melalui program Peluang Kedua.

Di samping itu, Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat bukan sahaja kepada masyarakat bahkan kepada diri kita sendiri.

Pada masa yang sama, Projek Iqra' turut menjalankan kempen seperti Kempen RM5, Dapur Charity, Shopping Raya dan penjualan Komik Abu Nuwas bagi menambah dana untuk menjalankan program-program kebajikan dan menampung kos pengurusan pentadbiran dan operasi.

Komik Abu Nawas.

Image via Projek Iqra'

Komik Abu Nawas.

Image via Projek Iqra'

Sekiranya anda merasakan apa yang Projek Iqra’ lakukan adalah wajar dan harus diteruskan, maka sokongan anda amat diperlukan

Anda boleh menyalurkan sumbangan bagi memastikan program-program yang telah dirancang oleh Projek Iqra' dapat disalurkan manfaatnya kepada golongan sasar iaitu anak-anak yatim, miskin dan asnaf yang terlibat.

Image via Projek Iqra'

Sumbangan boleh disalurkan secara online di laman web rasmi Projek Iqra', ataupun dengan cara online transfer ke akaun rasmi.

  1. Maybank Berhad - 5648 1050 4003
  2. CIMB Bank Berhad - 8602 65 7454
  3. Bank Islam Berhad - 1212 2010 0128 52
di atas nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA' SEMALAYSIA dan emailkan slip transaksi beserta maklumat;

  1. Nama Penuh
  2. Alamat Surat Menyurat
  3. Nombor Telefon Bimbit
ke [email protected] atau WhatsApp ke 019 217 5597 (Bendahari: Suhaimi) bagi mendapatkan resit sumbangan.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Projek Iqra', boleh lihat video-video di bawah:

Ayuh rakyat Malaysia, jom beramal dengan membantu kanak-kanak ini.

Nak jadi penderma boleh, nak jadi sukarelawan pun boleh!

Penulis bersama kanak-kanak di bawah program Kelas Rakyat.

Image via Projek Iqra'

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lain-lain inisiatif yang anda boleh hulurkan bantuan:

Leave a comment