Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Due To My Personal Commitment" - Jurulatih Bola Sepak Malaysia, Kim Pan Gon Letak Jawatan

Kim Pan Gon merupakan ketua jurulatih Harimau Malaya.

Cover image via Vocket

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon sah letak jawatan berkuatkuasa serta-merta, hari ini

Menurut sumber, keputusan itu diumumkan Pan Gon dalam satu sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pau Marti Vicente selaku pemangku ketua jurulatih akan menggantikan tempat Pan Gon, dan dibantu oleh seorang lagi pembantu jurulatih, E Elavarasan.

Pan Gon menyifatkan perjalanan ini sangat indah dan luar biasa apabila dapat membawa skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia selepas tempoh 43 tahun.

Image via Vocket

Mohon maaf atas sebarang kekecewaan, Pan Gon berundur kerana hal peribadi

"Hari ini, saya memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya. Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan kepada semua pihak.

"Sejak saya tiba pada Februari 2022, selama dua setengah tahun yang lalu, rakyat Malaysia benar-benar menghadiahkan saya satu perjalanan yang sangat luar biasa dan indah dalam hidup saya.

"Pada Jun 2022, kita bersama-sama berkongsi kegembiraan Malaysia layak ke Piala Asia secara merit selepas tempoh 43 tahun dan sejak itu, kita sudah meningkat ke tangga ke-130 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

"Pada aksi terakhir Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lalu, kita berjaya seri 3-3 dengan pasukan ranking ke-22 dunia, Republik Korea, sekali gus menunjukkan satu kebanggaan yang rakyat Malaysia harus ada dalam bola sepak mereka.

"Namun malangnya kita tidak layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2026. Tapi dengan tiga kemenangan, satu seri, dua kekalahan dan 10 mata, kita menyediakan satu asas dan momentum bagi menyemai harapan untuk masa depan bola sepak Malaysia yang cerah," kata Pan Gon.

Image via Kosmo Digital

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment