seismik

Isu Tular Kes Stoking Kalimah Allah, KK Mart & Syarikat Pembekal Didenda RM60,000

Difahamkan, perkara itu telah menyentuh sensitiviti keagamaan.

Cover image via News Strait TImes

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, KK Mart terpalit dengan isu menjual stoking kalimah Allah pada bulan Mac awal tahun ini

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, mendenda KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd sebanyak RM60,000 kerana dengan sengaja melukakan perasaan orang lain.

Mahkamah juga mendenda salah satu pembekal mereka, Xin Jian Chang Sdn Bhd, sebanyak RM60,000 kerana bersekongkol untuk melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, lapor New Straits Times.

Kedua-dua syarikat tersebut dilaporkan mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang telah dipinda berkaitan dengan melukakan perasaan keagamaan orang lain.

Image via Harian Metro

Sementara itu, mahkamah membebaskan Datuk Seri Chai Kee Kan, pengasas rangkaian kedai serbaneka tersebut, serta isterinya Datin Seri Loh Siew Mui, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes itu

Tiga pengarah pembekal berasaskan di Batu Pahat, Xin Jian Chang Sdn Bhd — Soh Chin Huat, Soh Hui San, dan Goh Li Huay yang juga diberikan pelepasan dan pembebasan.

Menurut Malaysiakini, walaupun pasukan pendakwaan memohon untuk penarikan semula pertuduhan melalui pelepasan tanpa pembebasan penuh, pasukan pembelaan tetap berhujah bahawa kes tersebut memerlukan pembebasan penuh dan mahkamah telah bersetuju dengan perkara itu.

Pengasas dan pengerusi eksekutif KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan (ketiga dari kiri) dan isterinya Datin Seri Loh Siew Mui (keempat dari kiri) hadir di mahkamah.

Image via Utusan Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: