[VIDEO] Lelaki Luluh Hati Sampai Tak Kuat Masa Kerja Dapat Panggilan Ibunya Dah Nazak
Ya Allah, kesian tengok. Semoga dia kuat hadapi ujian ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kehilangan orang tersayang sudah tentu amat menyedihkan dan membuatkan kita hilang arah
Terutamanya kehilangan ibu bapa yang paling kita sayang, memang akan rasa dunia berhenti dan tiada lagi tempat untuk bergantung harap.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang lelaki menerima berita buruk di tempat kerjanya.
Biarkan phone dicas sebab sibuk bekerja, tak sangka ada yang call berulang kali
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki pergi ke bilik stor untuk melihat telefonnya kerana banyak panggilan masuk.
Difahamkan, dia tidak menjawab panggilan itu kerana sibuk bekerja. Namun, semasa dia cuba membuat panggilan semula kepada ahli keluarganya, dia kelihatan tak kuat dan terduduk smabil menangis.
Rupa-rupanya, ibu tersayangnya telah meninggal dunia. Disebabkan tidak kuat untuk bercakap dengan managernya, dia memohon untuk mengambil emergency leave kepada supervisornya yang berada di situ juga dan terus pulang ke rumah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!