seismik

Jumpa Muka Pak Cik Sebiji Macam Arwah Abah, Anak Tak Tahan Minta Izin Peluk Sebab Rindu

Hilang rindu nampak pak cik itu.

Cover image via @cik_kila_08 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di dunia ini, memang akan ada tujuh orang yang mempunyai wajah seiras atau sama

Baru-baru ini, tular pula sebuah video yang memaparkan seorang lelaki sebak terjumpa pak cik yang menyerupai wajah seperti arwah abahnya. 

Kejadian itu berlaku di lapangan terbang di mana mereka sekeluarga ingin menjemput ibu mereka pulang daripada haji. 

Tak sangka jumpa orang muka persis arwah abah

Disebabkan terlalu rindu, mereka sekeluarga meminta izin untuk peluk dan cium pak cik yang seiras muka arwah abah mereka.

"Siang tadi lepas jumaat akim cakap dia rindu arwah abah dia rindu nak cium abah..dengan tak disangka masa kami jemput mak balik dari haji kakak ipar tenampak muka sebijik arwah abah, terus panggil akim suruh tengok.

"Alhamdulilah mungkn doa dia tadi Allah angkat. Terima kasih Ya Allah hilangkan sedikit rindu kami pada arwah. Terima kasih pak cik melayan kerenah kami semua, bagi akim peluk cium pak cik" tulisnya.

Image via googleapis.com

Lihat video penuh itu di bawah:

@cik_kila_08

sebab ramai nak tengok muka arwah abah kita post sini..ini lah muka arwah abah..terimakasih pakcik radzi bagi kami melepaskn rindu semalam..ya allah bahhh kila rindu.semoga kita bejumpa lagi bah..#gilaxsayang #bahagiacarakita #bahagiaitusederhana #rinduyangtiadaberpenghujung #kitacarikawanbukanlawan #kelindanabamkargo

Jeritan Hati - Cut Zuhra

Allahu, sebak pula tengok.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: