seismik

Dua Cucu Dalam Kritikal Akibat Makan Keropok Beracun Digantung Di Tempat Rendah

Difahamkan, keropok itu didakwa mempunyai racun tikus.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah insiden yang melibatkan dua orang budak kecil dimasukkan ke hospital kerana kritikal

Dua budak kecil yang merupakan cucu kepada nenek bernama Saadiah termakan makanan ringan yang mengandungi racun tikus. 

Pada awalnya, dua beradik itu mengikut datuknya pergi ke kebun untuk melihat lembu. Tidak lama kemudian, dua beradik itu dilihat seronok membawa bungkusan makanan yang diikat dengan tali ketika pulang ke rumah. 

Ibu kepada dua beranak itu sempat melihat anak sulungnya menggelupur seperti diserang sawan. Manakala adiknya itu lemah dan muntah. 

Image via Berita Harian

Kesal kenapa ada yang letak keropok beracun di tempat yang budak senang capai

Menurut sumber, neneknya meluahkan rasa kesal dan kecewa kenapa ada yang berbuat demikian. Perkara itu mengelirukan budak-budak.

"Saya agak kesal dengan apa yang berlaku kerana pemilik kebun itu menggantung makanan ringan itu di tepi pagar berdawai di tempat yang rendah dan mampu dicapai dua cucu," katanya.

Image via Berita Harian

Dua cucunya itu kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaan mereka agak kritikal dan hanya menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: