Bapa Nak Serang Pengadil Guna Besi Sebab Tak Puas Hati Anak Main Bola Kena Kad Merah
Difahamkan, anaknya menyertai perlawanan bola sepak peringkat sekolah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perlawanan bola sepak merupakan sebuah aktiviti yang digemari dalam kalangan kaum lelaki
Tidak dinafikan, ada sesetengah penonton kadangkala terbawa dengan emosi semasa melihat perlawanan bola sepak.
Sama juga dengan apa yang berlaku di dalam video yang tular baru-baru ini. Video tersebut memaparkan seorang bapa dilihat emosi dan marah ketika anaknya dapat kad merah semasa perlawanan bola sepak peringkat sekolah.
Tak puas hati siap ambil besi nak ‘jumpa’ pengadil
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki yang merupakan bapa kepada salah seorang pemain bola sepak mengamuk di luar padang.
Dia bertindak sebegitu setelah anaknya menerima kad merah daripada pengadil. Lebih mengejutkan lagi, dia membawa besi panjang ke arah pengadil namun tindakannya ditahan oleh anggota RELA yang bertugas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!