#Justice4Adib: Rakyat Malaysia Bersatu Tuntut Keadilan Dan Minta Menteri Letak Jawatan
Pemergian Adib dirasai seluruh rakyat Malaysia.
Setelah 3 minggu bertarung nyawa di hospital, Adib sah meninggal dunia pada malam tadi 17 Disember 2018
Image via wp.com
Semalam, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam sebelum itu.
Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Adib parah selepas dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya
Image via Facebook
Mangsa yang berusia 24 tahun duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS sebelum ditarik keluar oleh kumpulan perusuh dan dipukul.
Dia kemudian dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya di bawah pengawasan lima orang doktor pakar kerana mengalami kesukaran bernafas akibat tulang rusuknya yang patah menjejaskan fungsi paru-parunya.
Pemergian Adib begitu dirasai seluruh rakyat Malaysia. Netizen di Twitter kini berkabung dan bersatu hati dengan melancarkan hashtag #Justice4Adib bagi menuntut keadilan terhadap Adib.
Image via Shahir Omar / Astro Awani
Lebih menyedihkan, Adib dan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini, 22 Disember 2018 di Alor Setar, Kedah.
Kad kahwin majlis mereka berdua juga telah pun diedar kepada jemputan. Menurut Najihah, dia dan Adib sepatutnya akan pulang ke kampung pada hari ini, 18 Disember 2018 untuk persiapan terakhir sebelum majlis berlangsung.
Ramai menganggap Adib tidak sepatutnya menerima nasib sebegini kerana dia hanya menjalankan tugas dan tidak terlibat langsung dalam apa-apa pergaduhan
Netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada para menteri yang didakwa tidak bertanggungjawab dan sengaja menambah lagi ketegangan kaum, sehingga mencetuskan rusuhan dahsyat yang mengorbankan nyawa Adib yang tidak bersalah.
Dua nama menteri yang paling disebut-sebut adalah Menteri Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Waytha Moorthy dan Exco Pemberdayaan & Pembangunan Sosio Ekonomi & Kerajaan Prihatin Selangor, V. Ganabatirau.
Tan Sri Musa Hassan yang pernah berkhidmat sebagai ahli PDRM selama 41 tahun turut meluahkan rasa kesal terhadap insiden ini
Gambar orang ramai membanjiri perkarangan SMK Kampung Tebengau bagi menunggu jenazah Adib ini jelas menunjukkan rakyat benar-benar mengambil berat terhadap kes ini
Pada masa yang sama, netizen berharap agar mereka yang terlibat dalam pembunuhan Adib akan ditangkap dan menerima hukuman yang setimpal
Instagram @friendsofbombamalaysia hari ini memuat naik video terakhir arwah Adib yang sempat dirakam sebelum malang menimpa ke atas dirinya.
"Arwah pemalu orangnya," tulis caption.
Al-Fatihah Muhammad Adib Mohd Kassim. Semoga syurga buatmu kelak. :'(
Image via Instagram @friendsofbombamalaysia
Baca kes penuh DI SINI:
Leave a comment