Kaki Pendek Susah Nak Lalu Ujian Titi, Kegagalan Gadis Ini Cetus Perdebatan Ramai
Boleh relate!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ujian titi motosikal merupakan cabaran yang sering menggagalkan para calon ujian lesen motosikal JPJ
Mana tidaknya, ia merupakan ujian pertama yang perlu dilalui oleh calon. Tambahan lagi, mengekalkan keseimbangan semasa menaiki titi bukanlah perkara yang mudah. Jika anda gagal ujian ini maka anda akan gagal keseluruhan ujian.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang gadis yang gagal ujian titi motosikal telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gadis terkial-kial nak seimbangkan motosikal semasa ujian titi sebab kaki tak sampai
Menerusi video yang dikongsi oleh @solieqarim, kelihatan dia sedang merakam seorang gadis yang baru sahaja nak memulakan ujian titi motosikalnya.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia dilihat terkial-kial hendak menyeimbangkan motosikalnya di atas titi tersebut disebabkan kakinya yang pendek.
Image via @solieqarim (TikTok)
"Itu lah sampai sekarang saya tak ambil lesen motor, sebab pendek, takut macam tu la. Sempat ambil lesen kereta je, ambil lesen kereta tak jatuh" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.9M views, 78.5K likes dan 3.2K comments di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama. Malah, ada juga yang turut memberikan pendapat masing-masing mengenai ujian titi motosikal tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @solieqarim (TikTok)
Image via @solieqarim (TikTok)
Image via @solieqarim (TikTok)
Image via @solieqarim (TikTok)
Image via @solieqarim (TikTok)
Image via @solieqarim (TikTok)
Memang susah pun nak imbangkan motosikal atas titi tu. Faham sangat sebab admin pun kaki pendek :')
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment