Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kamu Dah Hilang Malu Ke?" - Ustaz Adnin Kecewa Masyarakat Agungkan Pelaku Maksiat

Allahuakbar.

Cover image via @adninroslan (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penulis buku yang dikenali sebagai Ustaz Adnin baru-baru ini luah rasa kecewa dan sedih dengan sikap segelintir masyarakat hari ini yang mengagungkan pelaku maksiat

Malah Ustaz Adnin turut tidak menyangka ramai orang yang memuji dan menyanjungi Hot Daddy Ash biarpun sudah mengetahui tentang kontroversi lelaki tersebut.

Ustaz Adnin berkata, dia sangat sedih dan sakit hati serta rasa seperti mahu marah apabila mendapat tahu berita tersebut.

"Baru-baru ni, ada seorang mamat Melayu yang aku pun tak kenal alih-alih kena tahan polis sebab kantoi buat video lucah, berzina dengan ramai perempuan dan upload video-video tersebut di media sosial.

"Apabila dia dah terlepas dari tahanan polis dengan ikat jamin, alih-alih dia buat live, ramai gila orang tengok live dia tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing tengok. Siap bagi gift, puji dan sanjung.

"Laki ada, perempuan pun ada. Ya Allah, korang dah hilang malu ke? Dah hilang iman ke? Kalau tak mampu tinggalkan maksiat, janganlah buat maksiat terang-terangan dan jangan support pelaku maksiat itu,"
tegur Ustaz Adnin.

Image via @adninroslan (TikTok)

Sedih dengan sikap segelintir masyarakat turut menganggap perkara terkutuk itu suatu yang normal

Menerusi video tersebut, Ustaz Adnin turut bersedih dengan sikap segelintir masyarakat yang sudah menganggap perkara lucah dan perbuatan maksiat suatu perkara yang normal.

"Kalau kita dah mula bangga dan support maksiat, maksudnya kita ni dah tak ada iman sebab selemah-lemah iman adalah benci dan jauhi maksiat itu.

"Ya Allah, saya harap pihak berkuasa buatlah tindakan sewajarnya. Wallahi, saya sedih sangat. Nampak tak betapa video lucah ini boleh merosakkan iman dan pemikiran kita.

"Yang sedihnya, zaman sekarang dah dianggap normal benda-benda lucah ni. Zina dianggap normal, gurah-gurau lucah dianggap normal, apa benda semua ini? Sampai bila kita nak berterusan seperti ini?" katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau turut mengajak semua orang yang sudah ketagih dengan perkara lucah dan maksiat untuk berubah menjadi lebih baik.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nauzubillahminzalik, semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment