'Check-in' Hotel Sebab Lawat Atok Sakit, Tak Sangka Cucu Pergi Dulu, Lemas Di Kolam Renang
Semoga syurga buatmu Aqil.
Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun ditemui mati lemas di kolam renang dewasa sebuah hotel di Melaka pada Ahad, 15 September 2019
Image via Siti Azlina Lynn / Facebook
Kanak-kanak terbabit, Muhammad Aqil Hamidi, 5, ditemui terapung di permukaan kolam renang sebuah hotel di Melaka dalam keadaan tidak sedarkan diri, selain muka dan bibir kebiruan sekitar jam 11.30 pagi.
Pasukan penyelamat hotel terbabit cuba memberi bantuan pernafasan sebelum Aqil dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pelbagai usaha dilakukan pasukan perubatan untuk menyelamatkan Aqil, tapi malangnya, dia disahkan meninggal dunia pada tengah malam Ahad, kira-kira jam 12.30
Image via Siti Azlina Lynn / Facebook
Ibu saudara arwah, Siti Azlina menerusi Facebook menceritakan kisah sedih itu secara terperinci dari hari mereka tiba di hotel sehinggalah detik pengkebumian arwah.
"Aqil tinggalkan kami sekelip mata. Dalam gembira Allah hantar dugaan hebat untuk kami semua. Tak sangka semalam (15 September 2019) hari terakhir Aqil sayang.
"Mama dengan papa tidur dengan Aqil buat kali terakhir dari jam 3.30 pagi sehingga ke subuh. Kami semua tidur dengan Aqil pagi itu. Masih terngiang lagi suara Aqil," tulis Azlina.
Image via Siti Azlina Lynn / Facebook
Menurut Azlina, arwah adalah seorang 'anak syurga' kerana rajin solat dan mengaji al-Quran
Malah setiap kali solat berjemaah bersama sepupu-sepupu yang hampir sebaya, arwah mesti memilih untuk menjadi imam.
Arwah juga pernah beberapa kali memberitahu ibunya bahawa dia ingin ke syurga suatu hari nanti.
Image via Siti Azlina Lynn / Facebook
"Aqil budak baik, hari-hari sembahyang dan mengaji. Kalau pergi rumah, mesti tengok Aqil tengah mengaji dengan papa. Allahu. Patutlah Allah ambil Aqil, sebab Aqil budak baik. Aqil ada beritahu mama sebelum ni, 'Mama, Aqil nak pergi syurga tau.'
"Betul jadi kenyataan untuk Aqil. Perjalanan Aqil ke syurga semua orang cemburu. Indahnya hidup Aqil sekarang. Kami semua rindukan Aqil. Tunggu kami datang ke sana ya," tulisnya lagi.
Image via Siti Juliana Mhd Halil / Facebook
Baca status penuh Azlina di sini.
Ibu arwah, Siti Juliana Mhd Halil menunggu 6 tahun untuk mendapatkan zuriat. Namun, Allah hanya pinjamkan Aqil untuk 5 tahun sahaja.
Pada 29 September 2019 nanti, genaplah usia Aqil 5 tahun.
Juliana ada memberitahu bahawa tingkah laku Aqil mula berubah sejak kebelakangan ini. Aqil yang selama ini 'kuat makan' tidak lagi mahu makan seperti selalu. Pada hari terakhir hayatnya juga, Aqil hanya menjamah suku roti canai dan minum ais kosong sahaja ketika sarapan pagi.
Seminggu sebelum itu, Aqil juga memberi adiknya, Aleesya untuk duduk di depan ketika membonceng motosikal bersama bapa mereka, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya selama ini.
Image via Siti Juliana Mhd Halil / Facebook
"Sejak seminggu lalu Aqil dah bagi Aleesya duduk depan. Selalunya Aqil tak bagi Aleesya duduk depan rupanya dia nak bagi Aleesya duduk depan buat selamanya bila dia tiada nanti," tulis Juliana.
"Aqil tak makan dah banyak hari. Selalu Aqil paling suka makan. Kalau tengok Aqil makan, selera bukan main lagi. Pagi tu nak sarapan Aqil jumpa atok, Aqil makan roti canai suku je. Selalu Aqil minum Milo ais, tapi pagi tu Aqil minta ais kosong je," ujar Azlina.
Image via Siti Juliana Mhd Halil / Facebook
Jenazah arwah Aqil telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Tunggal, Melaka
Image via Siti Azlina Lynn / Facebook
Semoga tenang di sana adik Aqil. Syurga pasti menanti kehadiranmu. Amin.
Allahu, sedihnya:
Leave a comment