seismik

‘Dia Sakit Tanpa Simptom’ - Baru Kahwin 3 Bulan, Isteri Pergi Meninggalkan Suami Selamanya

Majlis perkahwinan mereka berdua juga turut dipercepatkan oleh keluarga arwah kerana kekangan jadual walaupun pertunangan sepatutnya diikat selama setahun.

Cover image via Twitter @SyahrainAzri

Perancangan Allah itu sememangnya takdir

Gambar sekadar hiasan.

Image via Aliman Center

Hidup setiap manusia yang bergelar Hamba Allah pasti akan sentiasa berdepan dengan pelbagai ujian, cabaran, liku-liku, musibah dan malapetaka yang bukannya sedikit, malah akan menguji kesabaran dan keimanan setiap manusia yang menerimanya.

Cabaran dan ujian yang telah ditentukan itu kadang kala membuatkan anda tersungkur untuk seketika. Namun sebenarnya, musibah atau malapetaka yang diberikan oleh Allah itu merupakan amaran untuk sentiasa mengingati Allah dan meningkatkan lagi kesabaran seseorang.

Paling penting, anda harus sentiasa bersangka baik kepada Allah. Dia uji sebab Dia sayang.

Seperti perkongsian sedih seorang hamba Allah bernama @SyahrainAzri di laman Twitter baru-baru ini yang dikatakan telah kehilangan isteri tercinta lepas genap 3 bulan berkahwin

Perkongsian tersebut telah ditulis oleh Syahrain selepas hampir 3 minggu isteri tercinta pergi meninggalkannya. Memang begitu menyedihkan.

"Allah sebaik-baik perancang"

21 Jun 2018 mereka bertunang.

Nak dijadikan cerita, majlis pernikahan dipercepatkan oleh her parent kerana kekangan jadual. sepatutnya ikat setahun. So 23/3/2019 kami sah jadi suami isteri.

Majlis kahwin diadakan sehari selepas menikah iaitu 24/3/2019

Sempat juga pasangan ini menyambut hari raya bersama sebagai suami isteri

Namun, kebahagiaan yang dirasai oleh pasangan ini tidak berpanjangan. Arwah telah meninggal pada 24/6/2019 setelah genap 3 bulan mendirikan rumahtangga.

Pendek cerita, pasangan ini menjalinkan hubungan jarak jauh bermula tahun 2011 hingga 2017 kerana arwah isterinya ingin mengejar cita-citanya di Unimas

Paling sedih, arwah yang juga seorang doktor dikatakan sakit tanpa simptom.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Dr. Nazleatul Nadira Madie

Image via Twitter

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Allahu, sedih sungguh...

You may be interested in: