Suami Isteri Kemalangan Maut & Menyebabkan Perut Isteri Pecah Hingga Janin Terkeluar

Kemalangan berlaku kira-kira jam 6:30 pagi tadi di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas, Lubok Jong, Kelantan.

Hari ini telah dikejutkan dengan tragedi di mana pasangan suami isteri ini telah meninggal dunia selepas mengalami kemalangan motosikal

Mangsa dikenali sebagai Mohd Ikraam Ab Azit, 22, dan isteri, Nur Syafiqah Jaafar, 22,  yang juga sedang mengandung 5 bulan itu dikatakan mengalami kecederaan serius di mana perutnya pecah dan janin dalam kandungannya turut terkeluar.

Kejadian tragik itu berlaku pada jam 6:30 pagi tadi di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas, Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan selepas motosikal jenis Yamaha LC yang dinaiki oleh pasangan ini bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Menurut laporan motosikal yang ditunggang oleh Mohd Ikraam dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala ke Rantau Panjang telah bertembung dengan Perodua Myvi

Kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 27 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Abdullah Mohammad Piah, sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta myvi tersebut cuba memotong kenderaan lain namun gagal sebelum bertembung dengan motosikal pasangan ini hingga menyebabkan mangsa wanita mengandung itu tercampak hingga 7 meter.

Jenazah pasangan berkenaan telah dihantar ke HPM untuk bedah siasat.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Iluminasi

Kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kemalangan ini sangat tragis dan menyedihkan. Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memastikan jarak selamat sebelum memotong kenderaan di hadapan.”
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Abdullah Mohammad Piah

Lebih mengejutkan, bapa kepada mangsa wanita itu menjelaskan bahawa dia langsung tidak tahu bahawa anak perempuannya itu mengandung

Jaafar Ibrahim, 63, merupakan bapa kepada Nur Syafiqah Jaafar, 22, meluahkan rasa terkejut kerana langsung tidak mengetahui bahawa anak perempuannya itu mengandung 5 bulan dan janin terkeluar ketika kejadian.

Berita tersebut juga turut mengejutkan mereka sekeluarga kerana anak mereka tidak memaklumkan bahawa dia mengandung.

Jaafar mengatakan bahawa mangsa merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik yang juga pelajar tahun akhir di Politeknik Kota Bharu dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Mangsa kemalangan maut, Nur Syaafiqah Jaafar, 22.

Image via Berita Harian

“Kali terakhir saya berjumpa dengan anak pada Ahad lalu ketika menghantarnya ke Politeknik. Hari ini jam 8 pagi, kami dikejutkan dengan kejadian yang menimpa anak serta menantu. Saya tidak tahu ke mana mereka mahu pergi sebelum terbabit dalam kemalangan."
Jaafar Ibrahim, 63, bapa kepada Nur Syafiqah Jaafar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment