Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kanak-Kanak Lelaki 3 Tahun Ini Maut Selepas Lebih 5 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta

Kereta itu dipercayai milik pengetua tadikanya.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia selepas dijumpai di dalam sebuah kereta Proton Waja

Menurut sumber, kanak-kanak lelaki tersebut dipercayai meninggal dunia selepas lebih lima jam ditinggalkan dalam kereta yang dipandu oleh pengetua tadika di Taman Ria Sungai Petani pada semalam, 16 Mac 2021.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah.

Image via Utusan

Menerusi kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mangsa adalah anak kedua daripada dua beradik dan sudah hampir setahun dihantar ke tadika itu.

"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengetua tadika iaitu wanita berusia 49 tahun akan mengambil mangsa dari rumah ibu bapanya ke tadika pada Ahad hingga Khamis"

"Namun, selepas PKP, pada Selasa dan Rabu, pengetua wanita itu akan mengambil dan menghantar mangsa manakala hari lain mangsa dihantar sendiri ibunya," katanya.

Siasatan awal mendapati pada jam 7.45 pagi semalam, pengetua tadika itu mengambil mangsa di rumahnya di Taman Ria

Image via Info Roadblock JPJ/POLIS (Facebook)

Beliau berkata, mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang. Sebelum itu, pengetua terbabit turut mengambil seorang pelajar lain yang berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan.

"Namun sebaik tiba di hadapan tadika, seorang guru mengambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika. Dia memakir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta," katanya lagi.

Mangsa berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan

Mangsa dipercayai berada dalam kereta itu dari jam 8 pagi hingga jam 12.15 tengah hari. Kejadian itu hanya disedari pada jam 12.15 tengah hari ketika pengetua mahu menghantar semula mangsa ke rumah, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.

"Guru kelas memberitahu mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke arah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri"

"Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dipanggil untuk pengambilan sampel dan dapat satu sampel swab di atas kerusi penumpang belakang"

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat," katanya.

Polis kini menahan pengetua wanita itu untuk membantu siasatan dan merampas anak kunci serta kereta untuk tindakan lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment