seismik

Nyenyak Atas Lantai Lepas Mengadu Nak Tidur, Wanita Ini Kongsi Ragam Anak Kembar Di Tadika

Awhh comel je, penat sangatlah tu.

Cover image via Muna Faizura (Facebook)

Sesi persekolahan pasti menjadi saat paling ditunggu-tunggu oleh setiap kanak-kanak terutamanya bagi mereka yang baru memasuki ke tadika

Tetapi bukan semua kanak-kanak merasa teruja untuk pergi ke sekolah kerana ada yang masih 'berkepit' dengan ibu bapa walaupun sudah masuk 6 tahun.

Hal ini terjadi kerana mereka tidak biasa dengan suasana baru dan tiada ibu bapa di sisi sehingga ada yang meragam ingin melarikan diri dari kelas.

Namun, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini di laman Facebook apabila seorang wanita berkongsi beberapa foto anaknya di tadika pada hari kedua persekolahan.

Lihat posting penuh tersebut di bawah:

Anak meragam dan nangis nak ibu ayah, lepas cikgu pujuk terus tidur meniarap atas lantai

Menerusi perkongsian daripada Muna Faizura, dia pada awalnya memesan kepada cikgu anak kembarnya yang baru pertama kali masuk tadika untuk memberikan kertas bersaiz A4 untuk kembar itu melukis dan mewarna.

Namun, cikgu itu memberitahu bahawa anaknya meragam dan menangis kerana nak pergi ke mama dan papanya.

"Saya dah pujuk-pujuk dia dah, okay dah tak nangis tapi nak tidur," katanya.

Tetapi apa yang lebih menghiburkan adalah apabila cikgu tersebut berkongsi dua keping foto anak Muna tidur atas lantai dalam keadaan yang melucukan akibat terlalu penat.

"Kau tidur ke menyelam ni dik? I can't stop laughing la" - Warganet

Susulan tularnya posting berkenaan yang sehingga kini meraih 1.2K likes, 1.3K shares dan 380 comments di Facebook, rata-rata warganet turut terhibur melihat ragam anak Muna.

Malah, ada yang sempat berpesan kepada para cikgu di luar sana supaya hati kena kental dalam menguruskan anak murid lebih-lebih lagi yang baru masuk tadika. Sudah pasti banyak ragam mereka yang sukar dikawal.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Facebook:

Kenapa comel sangat cara tidur tu dik? Drama queen betul ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: