Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Keluarga Mangsa OKU Dipukul Beramai-Ramai Tidak Akan Maafkan Pelaku & Tarik Balik Kes

Keadaan suaminya yang kini dirawat di pusat psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kini semakin stabil.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keluarga mangsa OKU yang dipukul beramai-ramai di sebuah pasar malam masih belum bersedia untuk berjumpa dengan pelaku

Menerusi laporan Harian Metro, Faridah, isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Jumaat lalu memberitahu keluarga pelaku yang memukul suaminya itu.

"Kami (keluarga) tidak akan memaafkan pelaku yang memukul suami, walaupun ada individu telefon untuk berjumpa dan berdamai.

"Setakat ini, kita belum bersedia untuk berjumpa dan menyelesaikan kes itu tanpa proses undang-undang," katanya.

Malah, dia juga menegaskan tidak akan menarik balik kes dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis. 

Image via Berita Harian

Sifatkan tindakan pelaku melampau walaupun suami sudah minta maaf

Dalam pada itu, Faridah berkata tindakan yang dilakukan peniaga dan pengunjung pasar tani itu adalah terlalu melampau, sedangkan suami sudah berkali-kali meminta maaf.

"Setakat ini, kita tidak tergamak untuk melihat video insiden suami dipukul seperti yang ditularkan melalui pelbagai medium laman sosial.

"Jika kita tengok, timbul perasaan marah dan sedih apabila melihat suami diperlakukan seperti haiwan, termasuk ditarik," katanya.

Difahamkan, keadaan suaminya yang kini dirawat di pusat psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semakin stabil dan keluarga sudah dibenarkan untuk melawatnya.

Tambahnya, suami tidak pernah bersikap agresif terutama kepada dirinya dan anak-anak, walaupun ada ketikanya suka membebel.

Megat Zulkarnain (kanan) menyantuni keluarga Ahmad Nor Al Faizan Jusoh.

Image via Harian Metro

Menurutnya, walaupun menghadapi masalah mental, tetapi suami terlalu baik dan tidak tinggal solat serta suka bersedekah, selain dikenali orang ramai termasuk peniaga di pasar tani yang diadakan setiap Jumaat.

Ketika mengulas peniaga mi yang meminta bayaran ganti rugi sebanyak RM10,000 seperti yang ditularkan, Faridah berkata, harga mi goreng dua kuali yang terbalik melebihi harga kayangan.

Terdahulu, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (kanan) turut hadir menyantuni keluarga Ahmad Nor Al Faizan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment