seismik

Kedai Makan Di Kedah Diberi Notis Lepas Tular Peniaga Jual Gulai Kambing 'Harga Kayangan'

Premis itu kemudian diberikan Notis Bertulis (NB) bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Cover image via Facebook

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular di media sosial selepas seorang individu meluahkan rasa terkejut selepas menjamu selera di sebuah kedai makan

Difahamkan, individu terbabit memberitahu dia telah dikenakan caj makanan untuk tiga orang iaitu RM150, membuatkan dia sendiri terkejut.

"Warga Changlun dan sekitar, nak tanya siapa yang pernah makan di kedai ini? Memang harga Yahudi ke? Caj terlalu mahal, tiga orang makan RM150. Seketul kambing kecil-kecil kira RM19 seketul," tulisnya.

Ia kemudian tular sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut.

Image via Facebook

Kedai makan diberikan notis bertulis dan amaran oleh pihak KPDN

Bagaimanapun, notis itu dikeluarkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah ketika pemeriksaan dilakukan

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, berkata, pihaknya mengesan hantaran Facebook pada Jumaat lalu yang mendakwa kedai makan itu menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.

"Berikutan itu, sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu telah pergi melakukan pemeriksaan lanjut dan bertemu pemilik premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan kira-kira jam 11 pagi semalam (kelmarin), pegawai penguat kuasa mendapati premis yang dimiliki warga tempatan berusia 40-an itu menyediakan menu untuk makluman pelanggan dan tanda harga ada dipamerkan," katanya.

Image via Berita Harian

Tambah beliau, premis itu kemudian diberikan Notis Bertulis (NB) bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menurutnya, pemilik perniagaan itu perlu mengemukakan maklumat mengenai kos penyediaan dan harga jualan gulai kambing terbabit, dalam tempoh enam hari bekerja.

Beliau juga mengingatkan pada mana-mana peniaga diberi amaran supaya tidak sewenang-wenang meletak harga jualan yang tidak munasabah, manakala pengguna pula dinasihatkan sentiasa menyemak harga sebelum membeli.

Katanya, Akta Perlindungan Pengguna 1999 memberi hak kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat berhubung sesuatu barangan, termasuk makanan sebelum membuat pesanan.

KPDN juga mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan daripada orang awam mengenai perniagaan yang dijalankan secara tidak beretika.

"Pengguna boleh menyalurkan aduan kepada KPDN untuk tindakan lanjut melalui portal e-aduan 2.0
http://eaduan.kpdn.gov.my atau pusat panggilan 1-800-886-800 atau e-mel: [email protected].

"Selain itu, aplikasi EZ ADU KPDN atau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) melalui talian 03-88826088/6245, WhatsApp 019-848 8000 dan 019-279 4317, serta Pejabat KPDN Kedah (04-7001745),"
 katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: