"Keluarkan Tayar Lama Tapi Jual Harga Baru" - Ini Senarai Kod Tayar Supaya Tak Kena Tipu
Wajib ambil tahu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tayar kenderaan sudah semestinya akan haus bila dah pakai lama
Sebab itu, pemilik kenderaan disarankan untuk menukar tayar setiap dua tahun supaya dapat mengelakkan daripada sebarang kemalangan berlaku.
Namun, ada juga ramai yang tertipu dengan penjual tayar semasa penukaran di kedai. Ada yang ingin menukar tayar baru tetapi ditipu dengan penjual, mereka mengeluarkan tayar lama dan menjualnya dengan harga yang mahal.
Jadi, korang jangan tertipu kalau nak tukar tayar baru dekat kedai tau. Nak tahu apa tipsnya, jom baca senarai kod yang dikongsikan oleh Zafran di laman X.
1. Kod tayar kenderaan
Image via @zafranmustafa (X)
Contoh 205/55/R16 91H
205 = Lebar
55 = Tinggi
R = Radial
16 = Saiz/Rim
91 = Had Maksimum Beban
H = Speed limit - pastikan anda baca huruf terakhir iaitu V (240km/h)
Image via @zafranmustafa (X)
Sebab itu banyak berlaku kemalangan yang berpunca daripada kes tayar pecah sebab pemilik kereta tak arif tentang kemampuan tayar itu sendiri. Lost handling may cause accidents.
2. Setiap tayar ada 4-digit
Image via @zafranmustafa (X)
Contoh: "0820"
Bermaksud minggu ke-8, tahun 2020.
Indeks ini menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada (minggu ke-5, tahun 2020), kira-kira pada bulan Februari 2020.
3. Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun maksimum daripada tarikh tayar dikeluarkan
Tayar baharu yang berusia lebih daripada 5 tahun masih boleh digunakan tetapi tayar boleh jadi keras sebab getah tayar dah expired.
Kalau korang tukar tayar yang baru, pastikan tahun pengeluarannya ialah tahun yang terkini (2022 dan ke atas).
Haa, lepas ni jangan kena tipu dengan penjual tayar. Make sure check dulu!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment