seismik

Penyondol Ini Beri Tips Untuk Wanita Nak Kahwin Dengan Lelaki Orang - "Tak Malu Ke?"

Berani betul bagi tips.

Cover image via 9bulan10hari & Nikah di Selatan Thailand

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sering kita dengar kes curang atau kes poligami yang berlaku sejak kebelakangan ini

Tidak dinafikan, memang ramai wanita di luar sana tidak sanggup dimadukan. Namun, wujudnya orang ketiga membuatkan hubungan suami isteri itu jadi retak. 

Baru-baru ini, sebuah posting tular ini apabila penyondol ini dengan bangganya memberi tips kepada wanita yang mengalami kes sama sepertinya. 

Wanita tersebut dilihat berkongsi pengalamannya berkahwin dengan lelaki orang. Wanita ini mengaku dia jatuh cinta kepada lelaki orang tanpa sengaja di pejabat yang sama. Lelaki itu telahpun berpunya dan dikurniakan seorang anak, isterinya juga hamil anak kedua pada ketika itu. Difahamkan, lelaki itu dan isterinya berjauhan disebabkan PJJ.

Semasa wanita tersebut ingin menikah dengan lelaki itu, isteri pertama tidak mengizinkan siap berjumpa dengannya. Isteri pertama juga difahamkan menasihati wanita itu dan keluarganya supaya jangan kacau hidup dia dan suami. 

Namun, orang ketiga itu dan suaminya tetap berkeras untuk menikah di Thailand. Tidak lama kemudian, wanita itu hamil. Wanita itu juga tidak menyangka bahawa madunya akan menelefon pada malam Nisfu Syaaban untuk memberitahu bahawa dia merestui hubungan isteri kedua dan suaminya. 

"Bertahun weh, i ada tanya kenapa boleh nak bebaik, dia cakap sebab dia pun berdoa dekat Allah untuk bukak hati dan terima i.

"Asbab i sendiri tak pernah nak cakap buruk pasal dia, tak pernah melawan dia, banyak weh i kena viral la apa la, i diam je sebab tahu i yang salah",
tulisnya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Merdeka Times

Kini, wanita itu mengaku dia dan madunya telah menjadi kawan baik

Dia juga menasihati wanita luar sana yang mempunyai nasib sama sepertinya untuk terus berdoa sehingga mendapatkan restu isteri pertama. 

"Ye kita salah at the first place, tapi jangan jadikan tu benchmark untuk kita terus buat salah dan tak nak perbaiki." tulisnya.

"Shameless people teaching shameless people. Bangga ke rampas kebahagiaan perempuan lain?" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 241.7K views, 644 reposts dan 343 likes di X, netizen turut berang dengan wanita itu. 

Berikut merupakan antara komen netizen di X:

Lihat posting itu di bawah:

Apa komen korang?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: