"Kemain Comel" - Jemput Abang Balik Sekolah, Adik Jerit Depan Pintu Ini Cuit Hati Ramai
Macam dia je ada abang. Cute betul!
Memiliki adik-beradik yang ramai sudah tentu akan membuat rumah menjadi riuh
Iyalah, ada yang akan gaduh sampai menangis. Ada juga yang tertawa sehingga mengekek. Hubungan antara adik beradik memang seronok dan dilihat happening.
Sama juga dengan adik-beradik ini apabila video mereka tular di TikTok baru-baru ini. Video tersebut memaparkan serorang adik perempuan menjerit panggil abang di depan sekolah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba jerit panggil abang depan pintu sekolah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan dan ibunya sedang menunggu untuk menjemput abangnya di depan pintu sekolah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat berdiri sambil memegang beg tangan berwarna merah di depan pintu sekolah.
Lebih melucukan lagi adalah apabila dia dilihat teruja melihat abangnya dan menjerit memanggilnya berkali-kali. Di saat abang datang ke arah budak perempuan itu, abang dilihat memeluk adiknya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kemain comel dia manjanya, suara abang pulak penyayang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 175K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beradik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @julizanmat_isa (TikTok)
Image via @julizanmat_isa (TikTok)
Image via @julizanmat_isa (TikTok)
Sejuk je hati tengok gelagat dua beradik ni, comel dan penyayang! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment