Photographer Bengang Budak Selamba Jalan Depan, Habis Rosak Gambar Wedding Pengantin
Nak marah tapi anak orang, kenalah sabar!
Mengupah jurugambar pada hari majlis persandingan sudah tentu merupakan perkara yang wajib
Hal itu kerana majlis perkahwinan diadakan satu kali saja seumur hidup. Tambahan lagi, pengantin lelaki dan perempuan sudah berhias diri dengan cantik di tempat yang juga menjadi pilihan mereka. Gambar-gambar dan momen terindah itu sudah pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang jurugambar kecewa kerana gambar momen indah pengantin tidak dapat ditangkap kerana seorang budak kecil telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba jalan depan photographer masa nak tangkap momen pengantin lepaskan belon
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang jurugambar sedang gigih mencari angle untuk mendapatkan shot yang terbaik pengantin.
Namun, apa yang lebih membuatkan dia marah kerana seorang budak kecil selamba jalan ke depan dan menghalangnya untuk bergambar. Momen itu merupakan momen yang bermakna kerana pengantin dan keluarga sedang melepaskan belon.
Malangnya, shot itu tidak diambil kerana budak kecil yang menghalang kerja jurugambar. Jurugambar itu kelihatan memberikan reaksi muka cuak dan bengang.
"Ni boleh jadi auto bad mood sebab dah tau akan kena marah dengan client" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M views, 2K retweets, 600 quote tweets, 8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!