seismik

Netizen Berang Lihat Individu Jual Gambar & Video 'Salin Baju' Pelanggan Di Fitting Room

Ramai mangsa yang telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Cover image via @meleisgw (Twitter) & Ticady

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Tidak dinafikan, kita akan mencuba baju di fitting room apabila hendak membeli baju yang baru

Ramai yang rasa selesa dan tidak bahaya kerana menganggap fitting room di kedai fesyen memang selamat.

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting tentang beberapa gambar dan video tular di media sosial yang dipercayai tangkapan gambar menggunakan spy cam di fitting room telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Individu jual gambar & video yang ditangkap guna hidden camera

Menerusi posting berkenaan, kelihatan beberapa keping gambar dan video telah dimuat naik di Twitter. 

Gambar dan video berkenaan ditangkap menggunakan hidden camera di sebuah pusat fesyen terkemuka di Kuala Lumpur.

SAYS sempat menemu bual Nishae, dia terjumpa gambar berkenaan berlegar dan sudah mula berjual beli dalam Twitter. Ada juga yang berkata gambar berkenaan didapati di aplikasi Mewe pada asalnya. 

Ramai mangsa telah tampil dan membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini dengan lebih lanjut. 

Berikut merupakan update daripada mangsa:

"Ew jijik gila perangai yang buat" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang meraih sehingga 967K views, 4K retweets, 496 quote tweets dan 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang dan ingin pihak berkuasa menyiasat kes tertentu. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kes ini telah mendapat perhatian pihak H&M dan pihak berkuasa untuk siasatan lebih lanjut

Image via SAYS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: