seismik

"Mentaliti Bod*h" - Insiden Baling Cawan, Penyokong Ultras Malaya Ini Dikecam Orang Ramai

Buat malu je, orang negara lain siap kutip sampah.

Cover image via @CrossedKom (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat pasukan bola sepak sudah tentunya akan menjadi penonton setia jika perlawanan diadakan di stadium

Hal ini disebabkan peminat ingin menunjukkan sokongan penuh kepada pasukan bola sepak kegemaran. Tambahan lagi, mereka akan chant bersama peminat yang lain bagi memeraihkan lagi suasana di stadium. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan pengunjung tidak beretika dengan melempar cawan plastik telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Baling cawan plastik ramai-ramai sambil bersorak

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pengunjung lelaki sedang menonton perlawanan bola sepak di stadium. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka semua dilihat tidak menjaga kebersihan sekitar stadium. Mereka membaling cawan plastik ke arah depan dengan sesuka hati. 

Perkara itu membuatkan netizen merasa bengang dan marah. Mentaliti tersebut tidak sepatutnya diamalkan kerana melihatkan negara maju yang lain mempunyai sivik dengan mengutip sampah dan menjaga persekitaran awam. 

Image via googleapis.com

"Dah sampai masanya untku beli ticket guna IC dan masa nak masuk event perlu scan. Mana-mana yang bangang dan telah ditangkap perlu diblacklist, baru bersih!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih sehingga 869K views, 1K retweets, 3K quote tweets dan 1K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Macam manalah nak maju kalau macam ni! :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: