seismik

Ingatkan Nak Ambil Gambar, Sekali Kawan Tak Sengaja Tumpahkan Air Starbucks Ini Bikin Tawa

Owner kereta mampu senyum je.

Cover image via @chxqk (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Minuman seperti air Starbucks memang menjadi kegemaran ramai kerana keenakannya

Tidak dilupakan, ada yang suka mengambil gambar dulu sebelum minum. Perkara ini telah menjadi rutin ramai orang untuk disimpan jadikan memori. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang pemuda tidak sengaja menumpahkan air manis dalam kereta kawannya itu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Baru nak ambil gambar, sekali air tumpah gara-gara tak stable

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki bersama rakannya baru saja selesai membeli air Starbucks di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti. 

Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki itu dengan selamba meletakkan ketiga-tiga air yang baru dibeli di atas dashboard kereta rakannya. Kemudian, salah satu air itu dilihat tumpah ke bawah. 

Perkara itu membuatkan dia dan rakannya itu terjerit kerana terkejut. Mukanya serba salah kerana tidak sengaja mengotorkan kereta rakannya. 

Image via @chxqk (TikTok)

"Kereta member tu plastik pun tak bukak lagi. Pedih hati member tengok" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 780K tontonan, 41K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi mereka berdua. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @chxqk (TikTok)
Image via @chxqk (TikTok)
Image via @chxqk (TikTok)

Ni kena terus pergi car wash, kalau tak memang bau kopi masam semerbak! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: