[VIDEO] Suami Tak Respon Bila Suruh Azankan Anak, Isteri Sayu Masuk Wad Bersalin Sendiri
Kuatnya hati dia.
Tidak dinafikan wanita yang sedang mengandung banyak pengorbanannya
Bukan saja perlu menjaga kesihatan diri sendiri, bakal ibu juga perlu menjaga kesihatan mental dan fizikal supaya anak yang dikandung sihat.
Namun, bukan semua wanita mempunyai perjalanan yang lancar. Ada juga wanita yang ditimpa ujian seperti ketiadaan suami untuk menemani dan menyokongnya semasa isteri mengandung dan melahirkan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita berkongsi kisah sedihnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tolak beg masuk wad bersalin sendiri tanpa suami di sisi
Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu memuat naik rutinnya di hospital melalui laman TikTok.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu meluahkan rasa sedihnya kerana tiada suami yang menemaninya masuk wad seperti orang lain.
Pada awalnya, dia bertekad dan kuat semasa masuk ke wad namun dia bersedih kerana melihat sekeliling ibu mengandung mempunyai suami di sisi mereka.
Dia juga memberitahu bahawa suaminya tidak respon apabila disuruh untuk datang ke wad untuk mengazankan anaknya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Semoga Allah gantikan kesusahan sekarang kepada kesenangan selepas ni, Amin" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.8M tontonan, 190K tanda suka dan 23K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan wanita itu. Malah, ramai yang mendoakan agar wanita itu mendapat kesenangan pada kemudian hari.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!