seismik

Sambut Ulang Tahun Ke-10, Ayah Hadiahkan Anak Kereta GTR R35 Ini Jadi Bualan Hangat

Difahamkan, harga kereta tersebut adalah sekitar RM248,000 sehingga RM400,000.

Cover image via @9tripleone (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak bukan?

Kalau hari jadi anak telah tiba, sudah tentu banyak cara untuk meraikan hari istimewa itu. Ada ibu bapa yang membawa anak-anak untuk makan di restoran kegemaran, ada juga yang membawa anak-anak berjalan dan bercuti. Semua terpulang kepada individu masing-masing.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang anak lelaki menerima hadiah kereta mewah daripada ayahnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Hadiahkan kereta mewah kepada anak yang berumur 10 tahun

Menerusi video berkenaan, kelihatan majlis ulang tahun sedang disambut oleh sebuah keluarga secara besar-besaran. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibu bapa menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Nissan GTR-R35 kepada anaknya yang berumur 10 tahun. 

Kereta itu dilihat dikeluarkan dari sebuah kontena lori yang besar. Mereka sekeluarga juga sempat meniup lilin pada kek sambutannya itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Tak boleh imagine akan ada peluang macam ini, sebab kemiskinan telah mengehadkan daya imaginasi saya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 116K tontonan, 10K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rezeki adik ni dapat hadiah kereta mewah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: