"Lain Macam Healing" - Budak Solat Tengah-Tengah Laut Siap Sujud Dalam Air Ini Jadi Bualan
Jangan sampai hilang dik.
Pergi ke pantai sering menjadi pilihan ramai kerana suasananya yang tenang dan best
Ramai yang suka berpiknik dan bermandi-manda di tepi pantai bersama kawan-kawan dan keluarga. Dengar bunyi ombak dan lautan yang tenang memang merupakan tempat healing yang tepat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki solat di tengah lautan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Solat dekat tengah-tengah laut, siap sujud dalam air
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di tengah-tengah lautan yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak itu dilihat sedang menunaikan solat di tengah-tengah laut. Lebih mengejutkan lagi, budak itu sanggup sujud dalam air laut yang bergelora.
Lihat video sambungan itu di bawah:
“Sekurang-kurangnya dia ingat pesan mak dia, dekat mana pun kita berada, jangan lupa solat” - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 827K tontonan, 47K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!