Polis Tahan Lelaki Baju Oren Didakwa Buat Kacau Semasa Perarakan Hari Kebangsaan

Lelaki itu didakwa menghasut orang ramai untuk melanggar penghadang keselamatan.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang disyaki menghasut orang ramai untuk memanjat penghadang keselamatan pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada Isnin, 31 Ogos

Menurut FMT, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata lelaki itu, seorang tukang masak, telah ditahan di Putrajaya pada jam 12.15 pagi hari ini, 2 September, selepas lima laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

Lelaki itu didakwa menghasut orang ramai untuk melanggar penghadang keselamatan bagi mendapatkan tempat duduk di kawasan tempat duduk perarakan, mengakibatkan beberapa orang terjatuh dan cedera.

SAYS.com
Image via Facebook

Sebelum ini tular video memaparkan lelaki itu, yang berpakaian oren, didakwa telah bergerak ke hadapan orang ramai yang menunggu sejak jam 5 pagi

Dalam video berkenaan, dia kedengaran berkata, "Kenapa awak tak panjat? Bukannya kita akan ditangkap. Sampai pukul berapa kita perlu menunggu di sini seperti ini?"

Fadil berkata lelaki itu sedang disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan yang mendorong kepada khianat awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 atas kelakuan menghina.

Lelaki itu juga diuji positif ganja selepas penangkapannya dan sedang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas penggunaan dadah.Dia telah direman selama sehari.

Polis juga menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke hadapan dan membantu siasatan.

SAYS.com
Image via Samadi Ahmad/Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: