Rupanya Ada Perkhidmatan Tukar Susu Ibu Jadi Serbuk Untuk Simpan & Tahan Lebih Lama

Dari tahan tiga bulan jadi tiga tahun.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini seorang bapa telah berkongsi bahawa terdapat satu servis teknologi baharu yang boleh menukarkan susu ibu menjadi serbuk

Bernama Mohd Syafiq Bin Zulkarnain, beliau telah berkongsi mengenai teknologi penukaran susu ibu kepada serbuk ini di Threads.

Isteri beliau telah dikurniakan rezeki susu yang banyak sehingga tidak muat lagi tempat untuk menyimpan. Atas persetujuan bersama, beliau dan isterinya telah menggunakan khidmat The Breastmilk Company untuk menukarkan susu berkenaan kepada bentuk serbuk.

Difahamkan, susu serbuk ini boleh tahan sehingga tiga tahun dan sudah semestinya lebih mudah untuk dibawa kemana-mana tanpa membawa beg khas untuk menyimpan susu, pek ais, pemanas atau pelbagai lagi barangan lain yang diperlukan oleh pasangan isteri yang mempunyai anak kecil.

Hanya perlu bancuh tanpa renyah lebih mudah dan cepat menurut Syafiq.

SAYS.com
Image via @syafiquecute_official (Threads)

Niat untuk berkongsi teknologi dan ilmu baharu berkaitan susu ibu yang dijadikan serbuk

Menurut Shafiq di satu lagi ciapan Threads, niatnya hanya untuk berkongsi teknologi baharu dan yang jarang digunakan di Malaysia setakat ini.

Keputusan ini diambil selepas isterinya oversupply di mana ibu menghasilkan susu melebihi demand (permintaan) yang anak perlukan.

SAYS.com
Image via @syafiquecute_official (Threads)

Tambahan lagi, Syafiq juga telah menjawab beberapa persoalan skeptikal dari sebahagian netizen yang mempersoalkan perkara ini.

Beliau menegaskan faham hukum hakam dan bukannya untuk dijual susu ibu tersebut sesuka hati.

Syafiq juga memaklumkan susu serbuk ini hanya digunakan untuk anaknya sendiri bukan untuk kegunaan anak orang lain.

Apabila anak semakin besar bayi pula akan maka lebih banyak makanan berkhasiat yang lain jadi keperluan susu ibu semakin berkurang.

SAYS.com
Image via @syafiquecute_official (Threads)

"Bayi pun semakin membesar dan akan makan makanan pejal pula. Makanan pejal pula akan menjadi pengganti sedikit demi sedikit keperluan bayi selain susu ibu. Bayi mula kurang minum susu pula selepas ni. Zat makanan datang dari makanan pejal pula nanti," tambahnya di Threads.

Teknologi kini semakin berkembang dan maju ke depan tanpa menunggu penerimaan orang.

Syafiq menasihati orang ramai untuk membuat kajian terlebih dahulu dari sumber-sumber kajian rasmi dan bukannya menghentam melulu.

Jadi apa itu The Breastmilk Company?

The Breastmilk Company adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan dengan menggunakan teknologi freeze dry (pengeringan beku) untuk menukarkan susu ibu menjadi serbuk yang lebih mudah untuk disimpan atau digunakan dimana-mana sahaja.

Proses ini juga dapat memastikan keselamatan dan digunakan oleh industri farmasi untuk mengekalkan kadar nutrien dan kandungan imunologi.

Menurut kenyataan soalan lazim di laman rasmi mereka, fasiliti syarikat berkenaan adalah ISL (International Standard for Labs) dengan pengesahan sah khas untuk pemprosesan susu ibu di dalam keadaan steril dari awal proses sehingga habis.

SAYS.com
Image via thebreastmilk.co

The Breastmilk Company juga mengesahkan tarikh luput susu tepung ibu akan meningkat dari tiga bulan menjadi tiga tahun sekaligus dapat memastikan kualiti dan lebih tahan lama.

Syarikat ini juga tidak akan menambah apa-apa bahan tambahan kepada susu anda.

Syafiq turut menambah bahawa dia hanya menggunakan servis ini sahaja dan tidak langsung dibayar oleh The Breastmilk Company.

Hukum menukarkan sifat susu badan ibu dari sifat cecair kepada serbuk juga telah dijawab oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pendapat daripada doktor dan kaunselor penyusuan ibu memberitahu banyak lagi cara atau kaedah lain untuk membantu kurangkan oversupply sesuai dengan permintaan anak sama ada dengan menjadi ibu susuan atau menderma susu ibu kepada NICU/PICU atau Bank Susu.

Untuk makluman, kedua-dua Syafiq dan isteri berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia. Syafiq merupakan seorang Pegawai Sains Forensik DNA manakala isteri adalah Pegawai Sains Forensik Narkotik. Syafiq juga merupakan Ikon Bapa Penyusuan Susu Ibu dan Ikon Jabatan Kimia Malaysia.

Susu ibu adalah yang utama dan terbaik untuk bayi anda.

SAYS.com
Image via @syafiquecute_official (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: