Media Prima Dilantik Rakan Media Rasmi PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026

Peminat di seluruh negara boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung dan percuma menerusi platform Tonton.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Media Prima Berhad (Media Prima) secara rasmi dilantik sebagai Rakan Media Rasmi bagi kejohanan sukan pickleball bertaraf antarabangsa, PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026

Kerjasama strategik bersama United Pickleball Association Asia (UPA Asia) ini dibawakan khas untuk mendekatkan PPA Tour Asia dengan peminat tempatan menerusi liputan komprehensif ekosistem media bersepadu Media Prima.

Bermula tahun 2026, setiap mata daripada kejohanan PPA Tour Asia akan disumbangkan terus ke dalam World Pickleball Rankings, sekali gus membuka peluang emas buat pemain dari rantau Asia bersaing di pentas sukan antarabangsa.

Kejohanan berprestij ini bakal berlangsung selama lima hari dari 9 hingga 13 September 2026 bertempat di The Hood, Kuala Lumpur. Antara bintang terkemuka dunia yang mengesahkan penyertaan termasuklah:

  • Gabriel Tardio (Bolivia) – Pemain No. 2 Dunia Kategori Lelaki.
  • Chao Yi Wang (Chinese Taipei) – Pemain No. 11 Dunia Kategori Wanita.
  • Wakil Malaysia: Cabaran negara bakal dipikul oleh jaguh tempatan seperti Jimmy Liong Kai Long, Syed Uzair Sufi, dan bakat muda Timothy Foo.

SAYS.com
Image via Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) TourImage via

Liputan bersiaran bersepadu & siaran langsung di Tonton

Menerusi kolaborasi ini, Media Prima akan memanfaatkan sepenuhnya rangkaian platform media mereka yang merangkumi Rangkaian TV & Kandungan Media Prima, REV Media Group, Media Prima Audio, The New Straits Times Press (NSTP), Tonton, dan paparan pengiklanan BigTree (DOOH) bagi menyemarakkan kejohanan ini di seluruh negara.

Selain promosi media, kerjasama ini turut membuka peluang komersial baharu menerusi penawaran kandungan digital, livestreaming, jualan tiket, serta kolaborasi jenama. Peminat di seluruh negara boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung dan percuma menerusi platform Tonton.

  • Tarikh Kejohanan: 9 – 13 September 2026
  • Lokasi Perlawanan: The Hood, Kuala Lumpur
  • Platform Siaran Langsung: Aplikasi & laman sesawang Tonton (Percuma)
  • Pembelian Tiket Rasmi: Boleh didapati menerusi pautan rasmi di https://bit.ly/4fYNuwK

SAYS.com
Image via Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) Tour

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: