Orang Ramai Boleh Lawat Parlimen 12 & 13 September Ini Sempena Hari Terbuka Parlimen
Difahamkan, lebih 40 kementerian dan agensi akan terlibat dalam program rumah terbuka ini.
Cover image via NSTPFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Orang ramai berpeluang merasai sendiri pengalaman di Dewan Rakyat sempena Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 pada 12 dan 13 September ini
Menerusi laporan Bernama, pengalaman ini bertujuan sebagai platform untuk mendekatkan institusi perundangan negara dengan rakyat, selain memberi peluang kepada masyarakat melihat serta merasai sendiri suasana 'Rumah Demokrasi' negara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata program dua hari itu turut diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-67 Parlimen dan Bulan Kebangsaan.
"Bermulanya demokrasi itu berlaku di Parlimen kerana ia menghimpunkan semua wakil kepada rakyat.
"Kita nak bawa masyarakat untuk melihat bukan dari jauh tetapi datang sendiri ke Parlimen, lihat, inilah Parlimen, inilah rumah anda sebenarnya, datanglah, lihatlah," katanya.
Menurutnya, persidangan Dewan Rakyat akan dikosongkan pada hari berkenaan untuk memberi laluan kepada pelbagai aktiviti pameran dan program penglibatan awam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Image via NSTPelbagai reformasi institusi telah digerakkan dalam usaha pemerkasaan Parlimen
Ini termasuk penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memastikan setiap rang undang-undang, diteliti secara mendalam oleh Ahli Parlimen sebelum diluluskan.
Beliau berkata Parlimen turut mengutamakan agenda pembangunan generasi muda menerusi pendedahan kepada persidangan Dewan Rakyat, penglibatan dalam kurikulum Program Latihan Khidmat Negara dan pemantapan tadbir urus Parlimen Belia Malaysia.
"Kita ada satu bangunan khas untuk Parlimen Belia di dalam Parlimen, di sinilah sebenarnya kita mendidik anak-anak muda yang berumur antara 18 hingga 30 tahun untuk betul-betul menjadi Ahli Parlimen kita pada masa depan," katanya.
Menyentuh mengenai pemerkasaan autonomi institusi itu, Johari menyifatkan persetujuan kerajaan dan kelulusan Akta Perkhidmatan Parlimen baru-baru ini sebagai langkah penting untuk mengembalikan kebebasan Parlimen selepas 33 tahun diletakkan di bawah pengawasan Eksekutif.
Lebih 40 kementerian dan agensi termasuk PRIMA, Residensi Wilayah, MyFutureJobs dan Bank Rakyat akan menyertai hari terbuka ini bagi menyediakan kemudahan serta maklumat berkaitan kerjaya dan pembiayaan kepada pengunjung khususnya golongan muda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


