seismik

[VIDEO] Siap Bawa Balik Ikan, Budak Lelaki Mancing Dalam Tasik The Mines Ini Curi Tumpuan

"Kau memang gentle dik" - Netizen.

Cover image via @mr.fadz84 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, hobi memancing diminati oleh ramai kaum lelaki

Aktiviti itu memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menunggu ikan dipancing. Bagi kaum perempuan, kadang memang tiada kesabaran untuk menunggu. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki memancing di pusat beli-belah The Mines telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Orang lain datang shopping, dia datang bawa alat memancing

Menerusi video berkenaan, kelihatan kumpulan budak lelaki sedang berada di tepi tasik yang berada di pusat beli-belah The Mines. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia siap membawa alat memancing untuk memancing ikan di tasik itu. Lebih menghiburkan lagi adalah apabila dia berjaya menangkap ikan besar dan membawa pulang ikan itu. 

"Aku paling berani pun campak roti je dik, kau campak joran terus. Roy roy hati kau memang keras" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 92K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dengan ikan sebesar itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rezeki kau tu dik, balik terus bagi mak masak! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: