seismik

"Tukar Jadi Thanos" - Lama Sangat Duduk Dengar Ceramah, Kaki Lelaki Ini Sampai Jadi Biru

Bangun dah tak rasa kaki.

Cover image via @cikmawar25 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita mendengar taklimat atau ceramah semasa kerja atau zaman belajar dulu kan?

Kadangkala kita perlu duduk bersila di bawah, ada juga ceramah yang menyediakan kerusi untuk pada pengunjung. 

Namun, baru-baru ini tular di TikTok apabila video seorang lelaki duduk di bawah mendengar ceramah sehingga kaki berubah warna telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@cikmawar25

Bukti saksi ditempat kejadian..saya maaf ye abang yg duduk depan sy

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Duduk lama sangat sampai kaki menjadi biru kerana darah tak mengalir

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi sedang memaparkan suasana pengunjung mendengar ceramah di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti. 

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang lelaki dilihat duduk bersimpuh lama sangat sehingga warna tapak kakinya naik biru. Hal tersebut disebabkan dia duduk lama sangat tanpa bergerak. 

"Abang time mengundi haritu pergi celup kaki ke?" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 184K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat kaki lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Gerak-gerakkan sikit kaki tu bang, risau tak boleh berdiri nanti! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: